Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tidak Rela Ditahan Pihak Pemberontak, Juruterbang Penggempur Russia Ini Sanggup Letupkan Diri Guna Bom Tangan

6 Feb 2018

6 Feb - Seorang juruterbang penggempur SU-25 yang berasal dari Rusia telah ditembak jatuh di Iblib, Syria kelmarin. Juruterbang iu sanggup meletupkan dirinya dengan bom tangan bagi mengelak daripada ditahan pihak pemberontak Barisan Al-Nusra yang menghampirinya.

Memetik laporan The Sun, Mejar Roman Filipov yang sempat melompat keluar sebelum pesawat itu terhempas, kedengaran dia menjerit dalam radio: "Ini untuk anda semua!" sebelum meletupkan dirinya dengan menggunakan bom tangan.

Juruterbang yang berusia 33 taun itu menghubungi pangkalan udara Russia di Khmeimim, Syria memberitahu dia selamat mendarat dengan payung terjun dan menembak mati dua anggota penentang yang menghampirinya.

Mejar Roman Filipov
Pesawat Sukhoi 25SM itu terbang pada ketinggian 4,000 meter apabila terkena bedilan peluru berpandu bumi ke udara mudah alih yang dilancarkan dari bahu.

Menurut The Sun lagi, Kementerian Pertahanan Russia telah mengarahkan pesawatnya di Syria terbang pada ketinggian minimum 5,000 meter bagi mengelak ditembak.

Susulan kejadian yang meragut nyawa anggotanya itu, Russia meningkatkan serangan terhadap Idlib dan pasukan darat Russia serta Syria sudah berada di kawasan berkenaan bagi mencari mayatnya.








Upacara menyalakan lilin untuk memperingati kematian Roman
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "