Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sebab Lasak Sangat Saya Pernah Gugur Dulu, Namun Disahkan Hamil Kali Kedua Tapi Berat Bayi Hanya 800gram", Wanita Aktif Berhati-hatilah

6 Feb 2018

Kehidupan di ibu kota yang serba sibuk dan segalanya perlu cepat ini membuatkan sesiapa sahaja perlu sentiasa cergas supaya tak ketinggalan keretapi, tidak lambat kepejabat, atau mesyuarat.  Sering dilihat walaupun sarat mengandung, wanita-wanita ini cekal mendaki tangga, dan kadang berebut untuk mendapat tempat didalam gerabak kerana mungkin lelah seharian dipejabat.

Tidak dinafikan aktiviti-aktiviti seperti berjalan, bersenam sangat baik untuk kekal sihat.  Lagi-lagi kepada bakal ibu yang mengalami kenaikan berat mendadak dan inginkan berat badan ideal selepas bersalin.  Kajian juga menunjukkan bahawa dengan bersenam atau melakukan aktiviti ringan dapat membantu memudahkan proses kelahiran. Namun, setiap senaman yang dicadangkan menepati kesesuaian para ibu ini.  Terdapat beberapa sahaja gerakan yang disarankan mengikut keadaan seseorang bagi mengelakkan sebarang kesan buruk.



Menurut seorang pakar bidan, pergerakan untuk ibu mengandung tidak harus dilakukan secara berlebihan dan terlalu lasak risau boleh mengakibatkan keguguran.  Ia juga boleh mengancam keselamatan janin yang dikandung.  Sebaiknya jauhi sebarang aktiviti berat atau latihan jenis kekuatan yang keterlaluan terutama ketika fasa pertama kehamilan.



Seperti kisah dibawah ini daripada Fizah Sobri, seorang ibu kepada bayi pramatang seberat 800gram ketika dilahirkan, beliau berkongsi pengalaman diselitkan dengan pengajaran kepada bakal-bakal ibu yang aktif sepertinya untuk sentiasa menjaga kandungan bagi mengelakkan sebarang kesukaran sebaik bayi dilahirkan.  Sedikit komplikasi berlaku kepada beliau dan bayi, ikuti perkongsian Fizah, semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

Pengajaran untuk mak2 mengandung. Especially 1st time pregnant.

1. Jangan terlalu gagah drive. Xkira manual@auto
2. Jangan rajin sgt kemas rumah kalau xlarat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah
3. Xpayah masak. Suh je laki hang masak @ tapau
4. Bakal2 bapak jgn sedap2 je rasa bini kau tu strong . Walaupun dulu bini kau budak sukan.



Pengalaman yg cukup terkesan.
Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sbb berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka

Lepas 6bulan, Alhamdulillah. Pregnent lg. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Stengah jam kalau nk turun @naik.



Time ni part time study pjj kat uthm. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik g kelas kulai -batu pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnent dlm 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tp x . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak xnak kne la dtg amik bini dia kannn.

Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc ckp miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gumbira



Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dgn gumbira . Ooo ye . Hakak pospone sem sbb xnk drive jauh . Taubat

29w kandungan, hakak heksaited nak tau bby laki ke pmpuan. Konon nak suprise. Tp hakak xboleh tahan

Mula la episod2 pelik. Mungkin kesan dr bleeding d awal kandungan.



Bila scan, baby kecikkkkk. Doc pelik. Betul ke 29w? Tp hakak mmg cnfrm. Refer klinik kesihatan yg buat checkup . Followup seminggu, bby mmg kecik dr usia. Terus kene tolak pegi HSA,jb. Ingat refer mcm tu je . Sekali hakak kne tahan wad terus. Uri xlekat betul kat dinding rahim . 2minggu hakak berhuhu dlm wad dgn uniform pink . Jiran sbelah katil dah bertukar lebih dr 20orang . Hakak kental

32w bila scan aliran darah terbalik . Terus emergncy czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm



Ank hakak besar tapak tangan. Hakak mcm berkira -kira . Bolehke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Smpai hakak jumpa 1group yg sgt2 mmbantu. Baby Premature Malaysia - NICU. Tahniah & tq pd group admin&ahli. Hakak xpenah post apa2 pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tp kalau hakak post, org cuma akan ckp 'kesiannya '. 'Sabar ye '. 'Banyak2 bersabar '. Huhhhh! Seriously . Hakak lg rasa down. Derrrr . Luu baru kumpul kekuatan , tp org ckp kesian kesian kesian .agak2 apa yg lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yg terasa



Berbalik pd anak.
Boy
800g
32w 2d
17-6-2017
Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis



Nicu 51days. 2bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sbb rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan,discharged. Wehooooo . 7bulan derrr duk wad. Maksudnya 7bulan anak xbalik rumah . Langsung.
Dan akhirnyaaa . He's back walaupun dgn oxygen. 2minggu kat rumah . Banyakkkkk perubahan +ve Harap2 checkup lg skali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "