Jambatan yang pernah viral awal tahun ini akhirnya telah mula dibina dengan ciri-ciri keselamatan dan penambahbaikan yang lebih baik. Menurut laporan media, kerja-kerja pembinaan telah siap 50 peratus.
Jambatan itu dikatakan bakal siap pada akhir Mei ini dengan kos selenggara bernilai RM500,000. Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan dan Perbadanan Neger, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, "sehingga kini, kontraktor sudah menyiapkan kerja memasang tiang cerucuk dan struktur besi untuk laluan pejalan kaki."
"Apabila siap, jambatan sepanjang 100 meter ini akan memudahkan penduduk kampung berkenaan termasuk penunggang motosikal dan basikal untuk berulang alik melakukan urusan harian masing-masing termasuk pelajar ke sekolah berhampiran," katanya.
Kisah jambatan ini menjadi buah mulut netizen dilaman media sosial apabila rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dan bapanya menyeberang jambatan maut itu untuk memulakan kelas prasekolah.
Baca: (Video) Sabung Nyawa Hendak Ke Sekolah, Meniti Tebing Jambatan Rosak Selepas Jalan Darat Dinaiki Air
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb