Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Boleh Guna Telefon Bimbit Di Dalam Bilik Darjah Untuk PdPc - Datuk P.Kamalanathan

8 Feb 2018

8 Feb - Guru-guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan dalam kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di mana ianya membantu dari segi pendidikan abad ke-21.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P.Kamalanathan berkata, kementeriannya juga sentiasa sedar persekitaran hari ini sentiasa memerlukan pengintegrasian dengan menghubungkan teknologi yang sedia ada.

P.Kamalanathan memuat naik kenyataan media ini ke laman sosial Facebook rasminya.


Tambah Kamalanathan lagi, guru adalah aser penting dalam sistem pendidikan kami dan beliau sedar ramai guru-guru mengoptimumkan sumber teknologi yang mereka ada untuk memperkayakan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan.

"Malah, saya sendiri tahu ramai guru- guru yang menggunakan banyak peranti, telefon bimbit, tablet komputer persendirian serta plan data telefon mereka sendiri untuk menjalankan PdPc.
"Atas segala usaha tersebut, saya dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa menghargai pengorbanan guru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keratan Akbar New Straits Times
 Sebelum ini, Kamalanathan memberitahu guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.
Kamalanathan juga menjelaskan bahawa perkara itu merupakan prosedur sedia ada yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan kepada semua guru.
Namun, kenyataan Timbalan Menteri itu menimpulkan persoalan kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock yang menyatakan larangan tersebut dilihat tidak seiring dengan pengagihan tetefon bimbit YES di kalangan guru.


Dalam pada itu kata Kamalanathan, guru-guru sememangnya dibenarkan untuk membawa telefon mereka ke dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun ujarnya, kepenggunaannya atas urusan persendirian adalah tidak patut dan tidak boleh mengganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan dengan murid.

Sementara itu Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak ketika dihubungi menegaskan, Kamalanathan perlu sentiasa berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati guru.

Isu telefon bimbit timbul selepas kejadian seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Nibong Tebal yang dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung diri di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah pada 22 Jan lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "