Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setiap Hari Amalkan Tonyoh Ais Kiub Timun Di Muka Untuk Dapatkan Kulit Cantik, Ikuti Petua Mudah Dari Lelaki Ini

6 Feb 2018

Timun merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan zat lain yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan hal ini.

Perkongsian tips dari Nauf Safuan melalui laman facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Mengamalkan tips ini hampir setiap hari, tidak hairanlah kulit wajahnya bersih tanpa cela. Dengan cara penyediaan yang mudah dan menggunakan timun sebagai bahan organik yang sudah tentunya selamat untuk kulit, anda juga pasti boleh mendapatkan kulit seperti lelaki ini, yang penting perlu rajin dan konsisten je.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

AIS KIUB TIMUN UNTUK MENGECILKAN PORI PORI / REDAKAN MUKA TERBAKAR

haa ! tip khas untuk hampa2 yg ada pori2 besaq terowong menora.

Pori pori terbuka ni, masalah ramai orang termasuk aku. Jadi aku akan pakai ni tiap hari supaya pori pori aku ni cepat mengecil. Terutama kalau seharian kerja luar. Panas . Peluh. Balik aku akan terus apply ais kiub timun ni.

Selain tu tip ni boleh juga, untuk hampa yang nak hilangkan kehitaman bawah mata. atau nak atasi bibir kering pun boleh.

Getah yang ada pada timun ni sangat baik untuk membantu meredakan muka yang gelap akibat sunburn. Dengan pengunaan ice timun kulit akan kembali kepada asal dengan lebih segera.

Bahan Bahan 

Cuma timun dan mineral water.


Cara penyediaan

Sagat @ blander timun


Asingkan hampas timun dan jus perahan timun


Masukan hampas timun dalam ice trays




Masukan dalam peti sejuk beku dan biarkan semalaman


Esok pagi hampa dah boleh start pakai ice timun ni.


Biar selama 10 minit dan bilas guna air bersih


Amalkan 2x sehari untuk kesan cepat


Good luck!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "