Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ramai Kanak-Kanak Masih Tak Pandai Meludah, Berkumur Dan Ada Tertelan," Tips Untuk Ibu Bapa Pilih Ubat Gigi Sesuai

7 Feb 2018

7 Feb - Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab anda bagi memastikan kebersihan anak-anak kecil. Bukan sahaja kebersihan badan, malah kebersihan mulut juga harus dititik beratkan.

Sesetengah ibu bapa mungkin keliru sama ada ingin menggunakan ubat gigi yang mana sesuai untuk anak-anak. Di pasaran terdapat dua jenis ubat gigi iaitu ubat gigi dengan fluoride dan ubat gigi tanpa fluoride.

Seorang pengguna Facebook, Dr Izaza Md Zan yang juga doktor gigi telah berkongsi tips untuk memilih ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak.

Menurut beliau, untuk kanak-kanak 2 hingga 4 tahun yang masih belum pandai meludah atau berkumur, lebih sesuai menggunakan ubat gigi yang tidak mengandungi fluoride.

Manakala, bagi anak yang berusia 4 hingga 6 tahun yang sudah pandai berkumur atau meludah, boleh memilih ubat gigi yang mengandungi fluoride.

Jom ikuti perkongsian Dr Izaa tentang penggunaan ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak anda. Semoga bermanfaat.


DR yang mana satu yang betul, guna ubat gigi ada fluoride atau tak ada fluoride ? Sebab ada DR bagitau kena pakai ubat gigi yang berfluoride
Macam ni, ubat gigi kanak-kanak kebanyakkannya memang ada fluoride, tapi kandungan fluoride pada ubat gigi kanak-kanak tak sama macam kandungan fluoride ubat gigi dewasa
Nak pakai yang mana satu bergantung pada keadaan anak-anak. Kalau anak 2 tahun sehingga 4 tahun, biasanya masih tak pandai meludah atau berkumur

Jadi, bagi anak-anak yang masih TAK PANDAI MELUDAH atau berkumur, Dr Iza sarankan guna ubat gigi TANPA FLUORIDE

Sebab, anak-anak kecil ni selalunya akan telan buih ubat gigi ataupun ubat gigi semasa berus gigi. Bila tertelan tiap-tiap hari, tak bagus untuk kesihatan dan juga untuk gigi anak-anak

Tapi, kalau anak-anak pada usia 4 tahun sehingga 6 tahun dah PANDAI MELUDAH dan berkumur, tak salah kalau mak ayah nak bagi ubat gigi yang ada fluoride



Fluoride memang bagus untuk gigi yang sihat dan kuat. Kalau tak ada ubat gigi yang ada fluoride, masih boleh guna ubat gigi tanpa fluoride sebab masih lagi gigi susu

Ubat gigi ada fluoride disarankan mula digunakan bila anak dah mula ada gigi kekal. Gigi kekal perlu ada extra mineral untuk kekal sihat dan kuat.

KEYWORD, pandai meludah dan berkumur BOLEH guna ubat gigi kanak-kanak yang berfluoride. Paling penting sekali, cara berus gigi kena betul dan efektif.

Tak guna pun kalau pakai ubat gigi ada fluoride atau tak ada fluoride kalau cara berus gigi salah dan tak bersih, setuju ? - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Adakah anda berminat dengan pinjaman? Kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu "pinjaman peribadi perniagaan, pinjaman pelaburan, hutang Pinjaman Pinjaman Rumah dan pinjaman syarikat di seluruh dunia. Kadar faedah kami adalah 2% setahun Kami juga telah memberikan nasihat kewangan kepada pelanggan kami. jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera supaya kami boleh membincangkan, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda. Sila hubungi kami hari ini untuk semua keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel: (leonardodorafinance@gmail.com)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "