Ada beberapa dua jenis hutang; hutang baik seperti pembelian rumah, memandangkan rumah itu adalah aset jika boleh mendatangkan pendapatan positif setiap bulan kepada kita. Satu lagi jenis hutang adalah hutang jahat seperti tunggakan kredit kad dengan kadar interest bulanan yang sangat tinggi. Tambah pula dengan kegunaan kad kredit yang sambil lewa, shopping dan sebagainya. Sesungguhnya benarlah kata orang salah caranya, memang hutang jahat!
Bak kata pepatah 'dah terjatuh baru nak terngadah' pun tak guna. Ditambah pula dengan keluaran model-model kereta baru yang mengiurkan, pasti membuatkan sesiapa sahaja terutama golongan muda yang tak sabar membina hutang baru walaupun dibebani dengan biayaan bayaran balik pinjaman pendidikan yang takkan pernah selesai seumur hidup. Tak serik!
Tapi kalau dah tak tahan sangat nak berkereta, kami kongsikan kepada anda satu panduan bernas daripada Amir Syahir yang dapat membantu anda untuk tidak dibelenggu hutang kereta 9 tahun kepada 5 tahun sahaja. Yela kan, penat-penat belajar tinggi-tinggi, nak jugalah merasa naik kereta. Jom baca tips dibawah dan semoga ianya bermanfaat.
Tips Langsaikan Hutang Kereta Daripada 9 Tahun Kepada 5 Tahun Sahaja
Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada sebahagian daripada mereka apabila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.
Yelakan, belajar sampai universiti, kerja bagus takkan pakai motosikal je. Nak ngorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi.
Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama. Ini adalah pelan ataupun idea jika kau dah teringin sangat nak pakai kereta.
Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.
2. Katakan kau berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM44K dan bulanan dalam RM469. Kalau tanpa 10% downpayment, ansuran bulanan kereta kau nanti dalam RM520. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu.
Mohon ASB Financing RM100K
Tempoh pembiayaan: 30 tahun
Kadar keuntungan bank: 4.8%
Ansuran bulanan dalam RM525
Takaful pembiayaan ASB : Tiada
Kau mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM525, tambah juga dengan kos minyak kereta dalam RM200. Setiap bulan komitmen sebenar kau ialah RM725. Jadi, takkan RM525 untuk bayar ASB setiap bulan kau tak mampu bayar kan kan kan.
3. Selepas setahun, dividen ASB akan diumumkan. Katakan 6.75%. Dividen yang kau akan dapat ialah RM6750. Gunakan dividen RM6750 untuk bayaran ansuran kereta kau nanti.
4. Selepas dapat dividen ASB, barulah kau beli kereta tersebut. Jika ansuran bulanan kereta kau dalam RM520. RM520X12 bulan = RM6240.
Duit dividen kau dapat ialah RM6750. RM6750-RM6240=RM510. Ada lagi baki sebanyak RM510. Jika simpan dalam ASB bagus. Tapi kalau nak guna boleh. Boleh gunakan untuk duit minyak, bayar cukai jalan, kos penyelenggaraan ke, bayar saman ke.
5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan macam biasa RM525, dan gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran kereta.
6. Selepas lima tahun, anggaran baki hutang kereta tinggal dalam RM12,800. Terus kau terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM6750
Surrender value: RM8436
Baki dividen ASB setiap tahun RM510 X 5 tahun = RM2550
Jumlah kasar: RM17,736
7. Anggaran baki hutang kereta: RM12,800. Dividen ASB dan pulangan prinsipal dapat RM17,736.
Dah dapat pulangan prinsipal daripada hasil terminate pembiayaan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.
Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kau. Contohnya, gaji kau RM2500. RM2500X12bulan=RM30,000. Sepatutnya kau beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je.
Kereta adalah liabiliti jika guna sendiri. Liabiliti ini menngambil wang daripada akaun bank kau. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kau.
Kalau kau dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korban lah setahun bayar dua benda ini iaitu ASB Financing dan ansuran kereta.
Aku harap tips ini mampu mencetuskan idea kepada kau. Kau jimat empat tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.
Kalau kau mahu beli kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1070 sebulan. Takde la lepas 9 tahun kau dapat besi buruk je.
Penafian: Anggaran perkiraan kasar sahaja. Boleh ubahsuai mengikut kemampuan kewangan, jenis kereta korang mahu beli. Konsep dia sama saja.
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4
BalasPadamUpdate Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
BalasPadamDepo/wd hanya 50rb saja loh.. mari daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877