Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ultras Kuala Lumpur Boikot Perlawan Liga Super Malam Ini, Dakwa Pelawat Diberikan Kuota Tiket 80%, Tuan Rumah Hanya 20%

10 Feb 2018


10 Feb - Pada tanggal 3 Februari 2018, Liga Super 2018 telah membuka tirai dengan dimulakan dengan perlawanan sumbangsih yang mempertemukan juara Liga Super 2017 Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala FA 2017 Kedah FA yang menyaksikan JDT berjaya menewaskan Kedah di halaman sendiri dengan keputusan 2-1.

Walaupun baru 2 perlawanan berlangsung, pelbagai kontroversi yang berlaku dalam kancah Liga Malaysia bagi musim 2018. Terbaru, melalui laman Facebook rasmi Ultras Kuala Lumpur, 'The Cityboys' telah mengumumkan akan memboikot perlawanan antara Kuala Lumpur menentang JDT yang dijadualkan bakal berlangsung malam ini.

Tindakan penyokong tegar Kuala Lumpur itu dibuat selepas mereka memdapat maklumat bahawa Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), membuat keputusan untuk menyerahkan 80 peratus daripada tiket perlawanan malam ini kepada penyokong pasukan lawan.


Manakala, penyokong tuan rumah hanya akan mendapat 20 peratus sahaja dari tiket perlawanan tersebut yang akan diadakan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur

"Secara rasmi kami umumkan kami tidak beraksi pada esok malam," tulis mereka di laman Facebook.

Ultras Kuala Lumpur mendakwa tindakan KLFA itu tidak bertanggungjawab dan hanya ingin meraih keuntungan yang berlipat kali ganda memandangkan penyokong JDT dijangka bakal membanjiri Stadium Cheras malam ini.


Tindakan memboikot perlawanan itu telah menjadi tular dilaman sosial kerana perlawanan Liga Super baru 2 perlawanan berlangsung dan sudah pelbagai kontroversi melanda pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Malam ini bakal berlangsung 4 perlawanan Liga Super yang akan menyaksikan Terengganu menentang Selangor, Pahang menentang Kelantan, Perak bakal bertemu PKNS dan Kuala Lumpur menentang JDT.

Selepas pengumuman dari Ultras Kuala Lumpur ini, perlawanan antara Kuala Lumpur dan JDT ini sangat menarik untuk disaksikan. Kepada tidak berkesempatan ke Stadium boleh menonton secara langsung menerusi saluran Hypp TV sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2018.

Foto: FMLLP
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4

    BalasPadam
  3. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja loh.. mari daftar

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "