Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Menyusu Yang Suka Makan Makanan Pedas Akan Bantu Meningkatkan Deria Rasa Bayi Atau Tidak Memilih Makanan - Kajian

10 Feb 2018

Jika anda tertanya-tanya samada ibu yang menyusukan boleh atau tidak untuk menikmati makan pedas? Jawapannya, boleh.  Walaupun sesetengah artikel mengatakan bahawa ibu menyusu tidak boleh memakan makanan pedas, namun beberapa pakar lain mempunyai pendapat yang berbeza.

Dr. Jennifer Wider, Penasihat Perubatan Persatuan Penyelidikan Kesihatan Masyarakat berkata, tidak ada lagi bukti ilmiah menyatakan makanan pedas akan memudaratkan atau memberi kesan buruk kepada ibu mahu pun bayi yang menyusu.

Sebaliknya, beliau memberitahu bahawa pola pemakanan ibu menyusu akan menentukan apakah jenis pemakan bagi bayi tersebut apabila besar nanti.  Selain daripada itu, ibu-ibu yang memakan pelbagai jenis makanan termasuk makanan pedas juga bantu meningkatkan deria rasa bayi mereka.



Ini adalah salah satu cara mengingatkan orang ramai bahawa susu ibu tidak dirumuskan secara langsung melalui saluran pencernaan tetapi daripada darah ibu itu sendiri.

Jadi, jika ibu itu penggemar memakan sayur-sayuran jenis cruciferous seperti lobak, brokoli, kobis dan taugeh yang kaya dengan asid folik, vitamin C, E dan K, nutrien itu seterusnya akan ditarik kedalam susu ibu, tetapi komponen-komponen yang bergas tidak akan memberi kesan kepada bayi tersebut.

Institut Kebangsaan Diabetes, Pencernaan dan Penyakit Ginjal memaklumkan bahawa seseorang ibu itu memerlukan 4-6 jam secara purata untuk mengeluarkan susu.  Kimia dalam badan ibu dapat mempercepatkan proses itu dengan hanya satu jam atau paling lambat 24 jam.



Selepas ibu membahagikan nutrien makanannya kepada beberapa bahagian seperti protin, lemak, karbohidrat, mineral dan air, ia akan dialihkan ke tempat lain dalam badan.  Sistem circulator badan kemudian membawa nutrien itu ke kelenjar susu bersama dengan rasa dan aromanya sekali.

Proses pengalihan nutrien ini juga berlaku semasa kehamilan.  Walaupun bayi ketika itu berada didalam rahim ibu, mereka masih menyerap apa yang ibunya makan melalui aliran darah dan cecair amniotik.

Jadi, jika rutin diet ibu itu mengandungi makanan pedas semasa kehamilannya, kemungkinan besar bayi itu akan terbiasa dengan rasa yang kuat, kata Dr. Paula, Profesor Pediatrik dan Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Rush.



Lucy Cooke, Pakar Penyelidikan Kanan Universiti London juga menyokong penemuan ini.

"Bayi yang diberi susu ibu biasanya lebih mudah untuk diberi makan kerana mereka sudah melalui pengalaman merasakan pelbagai jenis rasa yang berbeza pada awal peringkat hidup mereka, sedangkan bayi yang hanya diberika susu formula pula mempunyai rasa dan pengalaman yang tidak bervariasi."

Dalam hal ini, ibu menyusu secara tidak langsung telah mendedahkan bayi mereka kepada kepelbagaian rasa berbeza yang dapat dikendalikan dengan baik.

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "