Ramai yang mungkin diantara kita geli atau malas nak basuh kesan kotor atas tilam yang sekian lama digunakan walaupun kondisinya masih baik. Apatah lagi apabila tilam itu dicorakkan dengan geografi peta dunia berabad-abad lamanya.
Umumnya harga sebuah tilam bukan murah. Boleh mencecah ribuan ringgit, dan kerana itulah jangka masa sebuah tilam itu lama. Takkanlah hanya sebab kesan air liur basi, kita sanggup nak buang tilam yang mahal kan?
Bukan hanya faktor peta dunia menyebabkan terukirnya geografi semulajadi diatas tilam namun ia juga mungkin disebabkan oleh peluh badan ketika tidur atau kesan tumpahan air daripada sesi 'breakfast in the bed'.
Tanpa perlu membazir dan mengeluarkan ribuan ringgit lagi untuk meggantikan tilam tersebut, kami berikan anda langkah-langkah terbaik dan higenik untuk menyingkirkan bakteria serta kesan peta itu dengan petua mudah ini.
Bahan-bahan bancuhan:
1 Cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi seperti Watson, Guardian etc.
3 Sudu besar Baking Soda
1 Sudu kecil cecair cuci pinggan
5 Titis pewangi/essential oil
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam bekas dan kacau sebati. Kacau perlahan-lahan, setelah selesai masukkan bancuhan kedalam bekas semburan.
2. Semburkan bancuhan tersebut pada peta atas tilam. Biarkan 5 hingga 10 minit. Anda akan dapat lihat kesan peta itu hilang dalam jangka masa tersebut.
3. Kalau ada kesan peta yang susah hilang, sembur sekali lagi dan biarkan kering.
4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus.
5. Jika kesan baking soda mengering, gunakan vacuum selepas permukaan tilam kering sepenuhnya.
Siakapkelimy
Sumber: Impiana
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877