Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Cara Terbaik Menguruskan Peti Sejuk Anda Agar Makanan Tidak Rosak Dan Sentiasa Kemas

2 Feb 2018
Peti sejuk mungkin dilihat sukar untuk diselenggara dan sering berlaku makanan yang disimpan menjadi rosak.  Ada antara kita terutama para ibu yang sibuk tidak mengendahkan bagaimana caranya mengelola peti ais supaya makanan yang disimpan menjadi lebih tersusun.

Ia melibatkatkan ruang peti sejuk yang terhad serta ketahanan makanan yang disimpan didalam peti sejuk tersebut.  Maka, adalah penting untuk kita tahu cara yang betul untuk memastikan ruangan peti sejuk disusun dengan cara yang betul.  Cara penyelenggaraan yang betul dapat memberi ketahanan kepada bahan mentah supaya tidak rosak dengan cepat serta mengelakkan pembaziran wang dalam jangka masa panjang.

Tip yang dikongsi oleh Hani Mynis  mungkin dapat membantu menjadikan peti sejuk anda berada dalam keadaan lebih baik dan tersusun.  Mari baca perkongsian daripada beliau dan diharap dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.



#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais

Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak.

Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan?

https://www.facebook.com/hani.mynis/posts/10155067212754094

Ni hani share pengurusan peti ais pulak.

Tips nak nampak peti ais nampak kemas dan bersih:

Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Skrg dah trend org pasang glass wallpaper kan? Cantik2 semua. Hani dari 3 4 tahun dulu mmg setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats utk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar2 style kejap corak bunga2 kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dr tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sngt peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah2 dan area belakang2.

Pilih satu @ dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.


Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual)



Buat pengkhususan setiap shelf utk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)



Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.


Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:
  • SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka) 
Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".

Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.

  • SUSU 
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keaddannnya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason 😅 tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang

Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak

  • TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul



Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sukarangnya sebelum best before date)

jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk meghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)
jgn disimpan di bhgn pintu peti ais, simpan di bhgn dalam peti sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka pintu dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara menyebabkan telur cpt rosak.

kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais

jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh

  • UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "