Gambar Hiasan |
Striae gravidarum adalah garis yang berwarna merah kemerahan, merah jambu atau kehitaman (mengikut warna kulit). Garisan ini sering kelihatan dikawasan perut, payudara, atas lengan, dan peha. Striae ini sangat sering ditemukan pada wanita yang sedang hamil pada pertengahan proses kehamilan.
Hampir 90% ibu hamil akan menghadapinya akibat peregangan kulit seiring dengan pembesaran rahim dan dinding perut. Umum kita mengetahui bahawa kulit kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu, lapisan atas epidermis, lapisan tengah dermis dan lapisan paling dalam, subcutan. Munculnya striae gravidarum ini terpengaruh daripada lapisan dermis yang berfungsi menyokong kulit agar sentiasa kekal mulus.
Lapisan ini terdiri daripada jaringan elastik yang membuatkan kulit kita mampu merenggang sesuai dengan keperluan tubuh. Namun apabila tubuh semakin membesar dalam tempoh yang sangat pendek, seperti ketika hamil, serat in akan lemah dan akhirnya pecah akibat perubahan kulit yang menipis. Oleh sebab itulah, munculnya garisan striae gravidarum yang menyalurkan pembuluh darah melalui lapisan dermis ke lapisan kulit epidermis yang nipis.
Seorang doktor, Muhammad Eizat telah berkongsi proses terjadinya garisan striae gravidarum ini atau lebih dikenal sebagai 'stretch mark' melalui akaun Twitternya. Garisan ini tidak mengancam dan sehingga kini tiada lagi cara untuk mencegahnya. Namun dengan pelbagai produk yang ditawarkan difarmasi, mungkin boleh mengurangkan tapi pasti akan tetap kelihatan walaupun pudar.
Ni namanya STRIAE GRAVIDARUM— 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙 (@muhammadeizat) January 30, 2018
Tanda regang yang terjadi semasa kehamilan berpunca daripada regangan fizikal pada kulit.
Walaupun kulit kita anjal dan boleh mengembang/mengecut, semasa tempoh peningkatan berat badan mendadak, tetapi kulit tak sempat untuk membuat penyesuaian. pic.twitter.com/qGzok4twDj
Jika badan mengembang terlalu cepat daripada kulit, ia akan ‘mengoyakkan’ kulit dan meninggalkan parut, atau tanda regangan— 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙 (@muhammadeizat) January 30, 2018
Tanda regangan ni biasanya ada sekitar trimester ketiga kehamilan. Ia bermula dengan garisan-garisan pink atau tanda-tanda di kulit.
Siakapkeli.myTanda regang akan ‘membesar’ dan jadi lebih panjang dan luas secara perlahan-lahan dan warnanya boleh menjadi semakin pink ataupun ungu Apabila semakin ‘matang’, warnanya mula pudar menjadi putih pucat atau berwarna coklat2 sikit— 𝕯𝖗. 𝕴𝖟𝖟𝖆𝖙 (@muhammadeizat) January 30, 2018
Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
BalasPadamminimal dp/wd 50rb.. ayo daftar
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)