Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Masukkan Miniatur, Lego, Manik Dan Span Dalam Hidung Hingga Tersangkut, Ibu Bapa Perlu Lebih Prihatin Elak Anak Main Objek Yang Kecil

19 Feb 2018

Tugas menjaga anak bukanlah sesuatu yang mudah.  Ini kerana tanpa sengaja mereka boleh mencederakan diri sendiri secara tidak sedar.  Selain terjatuh daripada kerusi atau terhantuk kepala dengan objek keras, mereka juga cenderung memasukkan segala benda asing seperti kekacang, biji-bijian atau miniatur kedalam rongga badan terutama hidung dan telinga.

Justeru terjebak objek kedalam hidung anak-anak, benda asing tersebut boleh menyebabkan banyak konflikasi daripada yang paling ringan sehinggalah yang paling berat.  Pendarahan boleh berlaku jika ibu bapa salah cara mengeluarkannya.  Oleh itu, artikel kali ini kami kongsi bahaya alatan atau mainan disekelililng anak anda yang berpotensi menjadi objek rongga mereka tanpa sengaja.



Mari baca perkongsian daripada page Dr Pakar Kanak-Kanak Anda dibawah yang berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi anak-anak yang memasukkan objek seperti lego, manik dan span sehingga mengakibatkan jangkitan kuman berlaku.  Khas buat para ibu bapa semoga kisah ini dijadikan iktibar.

Assalam dan selamat pagi semua.
Cuba teka apakah benda dlm gambar ini?
Dan di manakah saya jumpa benda ni?

Nak tau jawapannya...
Jom teruskan membaca kisah2 benar yg saya nak ceritakan di sini.

Kes 1
Kejadian berlaku semasa saya masih bertugas di PPUM.
Ada seorang kanak2 Indian lingkungan usia 4 tahun datang dgn masalah hidung yg berhingus terlalu lama...klu tak silap hampir sebulan & nafasnya berbau busuk.
Sambil berbual dgn si comel ini...dia bgtau kami *I got horse chasing the mouse* sambil menunjuk2 dlm hidungnya.
Bila di periksa dlm hidungnya, seperti ada foreign body dlm kedua hidungnya.
Setelah dirujuk kpd ENT...mereka berjaya mengeluarkan miniature permainan yg sangat kecil iaitu : kuda dan tikus...
Kami yg dpt tahu hal ini memang tak habis gelak ketawa sbb rasa lucu dgn imaginasi kanak2 yg pelik2 hingga masukkan miniature kuda disebelah hidung dan sedang mengejar tikus disebelah lagi...LOL.





Kes 2
Anak saya Imran ketika berumur 3 tahun tiba2 dia kata sakit dlm hidung & mula bersin2. Kejadian berlaku tahun lepas di mana kami pulang ke rumah drpd bercuti. Waktu malam tu anak2 saya sedang bermain2 diruang tamu.
Bila Imran mengadu sakit dlm hidung, abangnya Muhammad mengadu yg adiknya ada masukkan lego "kepala patung lego" warna oren dlm hidungnya.
Astaghfirullah...saya bergegas ambil torchlight & mendapati ada lego warna oren dlm hidungnya....Saya suruh dia hembus keluar tapi tak berjaya. Akhirnya saya terpaksa bergegas bawa ke klinik saya (5 min shj drpd rumah), utk melakukan prosedure menarik lega tersebut keluar drpd hidungnya dgn menggunakan forcep dan nasal wash.
Akhirnya kepala lego itu keluarlah dgn selamatnya...aduh anak-anak ni...selalu bikin jantung Ummi nak jatuh aje...

Kes 3
Ada satu anak berusia hampir 4 tahun juga datang dgn selesema yg kronik dan bila di periksa hidungnya...didapati ada manik putih dlm hidungnya. Saya dah cuba sedaya upaya utk tarik keluar tp ia agak dalam & tersekat. Akhirnya saya mengalah dan refer kpd ENT utk prosedur lanjut...ia adalah manik drpd tudung ibunya yg terjatuh...Allahuakbar. Macam2 budak2 ni kan?



Gambar Hiasan


Kes 4
Baru2 ni parents bawa anaknya demam selesema & seperti biasa, saya akan check hidungnya & saya agak pelik sbb seperyi ada sesuatu yg berwarna spt selaput putih spt bubble yg block hidungnya. Then saya tanya dia ada masukkan apa2 dlm hidungnya...dgn pantas dia angguk & jawab dia masukkan tisu.
Saya tak rasa ia adalah tisu sbb structurenya mcm *foam*...
Sekali lg terpaksa buat procedure mengeluarkan benda tu dgn nasal wash. Paling best experience sbb pesakit cilik comel ini pandai sangat menghembus hingus dgn kuat hingga terpancut2 ke muka saya...huhuhu.
Ibuayahnya pulak dgn penuh semangat menjerit2 suruh dia hembus & hembus lagi. Kami rasa seolah2 dlm labor room pulak menyuruh ibu push2 utk keluarkan baby...hahaha. Lucu betul dgn situasi cemas tapi agak lucu ini. Akhirnya berjaya dikeluarkan dgn menggunakan forcep bila ia telah dekat dgn lubang hidung.
Tahu tak kalian barang tersebut adalah sponge yg agak besar lebih kurang duit 20 sen yg baru ...Sebab ia sponge yg boleh dipenyekkan maka ia sangat mudah dimasukkan dan tersekat dlm hidung. Jangkitan kuman berlaku & menyebabkan dia demam.

Daripada kes2 semua ini...parents semua perlu ambil iktibar termasuk saya sendiri utk perhatikan anak2 kalian. Elakkan memberikan permainan yg kecil2 utk kanak2 di bawah 4 tahun, dan jika anak2 alami hidung berair busuk dan berhingus, samada baru atau lama (acute or chronic), pastikan bawa jumpa doktor utk check dgn teliti samada terdapat barang2 yg tak sepatutnya dlm hidung anak2.
Selain drpd hidung, barangan2 kecil spt mata pensel yg patah dan tisu dll juga boleh dimasukkan ke dlm telinga mereka sendiri. Selalunya jika telinga ada jangkitan...bawalah berjumpa dgn doktor or pakar ENT utk check dgn lebih teliti.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Pernah terjadi pada saya pada tahun 2014. Anak saudara masukkan "COTTON BUDS" dalam lubang hidung. Pada asalnya ingatkan di telinga sbb dia kata sakit ditelinga bila cuba tgk sperti tiada. Saya tak puas hati bila mak kata takde apa-apa dalam telinga. Jadi tak pergi klinik sehinggalh jadi jangkitan dan saya tak selesa dengan bau, bila anak saudara tidur. jadi saya ambil saya bawa ke klinik selesai doktor tengok dalam telinga sah takde. Saya bagi tahu yang bila dia tidur seolah ada bau. Minta doktor periksa hidung, Jeng3, confirm Cotton buds. Anak2 sabor jelah. Berhati-hati bila anak duduk senyap sorang2 ye. Itu yg selalu anak buah saya buat, padahnya jangkitan dalam hidung. Nasib baik tak rompong hidung.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "