Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Lagi Subsidi Tepung Gandum Guni 25 Kilogram, Harga Roti Canai Bakal Naik?

1 Mac 2016
No Comment

BANGI: Kerajaan hari ini dilaporkan telah menarik balik subsidi yang diberikan terhadap tepung gandum yang diisi dalam guni 25 kilogram, lapor portal berita The Star.

Menurut portal berkenaan, pengilang telah dimaklumkan mengenai penarikan balik subsidi itu dalam satu pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), minggu lalu.

Pemborong juga dilaporkan telah menerima pekeliling mengenai semakan semula harga tepung gandum dalam guni 25 kiligram berkenaan di Semenanjung Malaysia, termasuk jenama Blue Key, yang sekarang ini berharga RM42 tanpa subsidi.


Menurut laporan itu seorang pengusaha yang hanya dikenali sebagai Ng berkata, dia adalah antara wakil industri yang bertemu dengan pegawai kanan KPDNKK pada 24 Februari lalu.

Harga tepung di dalam guni seberat 25 kilogram yang biasanya dibeli oleh peruncit seperti peniaga kedai kopi dan restoran mamak akan meningkat kepada RM33.75 hingga RM42,” katanya.

Bagaimanapun, untuk tepung beg satu kilogram yang dijual secara runcit masih diberikan subsidi RM1.35, termasuk jenama Blue Key dan Bunga Cempaka.

Ng berkata, mereka biasanya mendapat RM600 hingga RM800 subsidi bagi satu tan metrik tepung yang dikeluarkan sebulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilogram.

Penarikan subsidi berkenaan dijangka akan memberi kesan kepada pengusaha kedai roti canai, tose dan makanan yang menggunakan tepung gandum.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, enggan mengulas mengenai perkara itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "