Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menerima Ugutan Rumah Akan Disita & Waran Tangkap Akan Dikeluarkan, Peguam Ini Kongsi Langkah Yang Anda Perlu Lakukan Jika Diugut Sebegitu

26 Feb 2017
No Comment

Semua orang mahu mengelakkan dari berhutang, namun ianya agak sukar, kerana kebanyakan aset yang kita miliki adalah dari pinjaman satu-satu pihak, yang perlu dibayar secara ansuran. Begitu juga jika ada membuat pinjaman dengan seseorang, atau sesebuah syarikat, yang mana terdapat perjanjian untuk melangsaikan hutang atau pinjaman tersebut.

Tapi, mungkin ada di antara pemungut hutang tersebut yang mana mengugut anda dengan menyatakan nama anda akan dikeluarkan waran, dan barang-barang di rumah anda akan disita disebabkan hutang tersebut. Jika ini berlaku, anda pasti akan kelam-kabut kerana ia bukanlah isu kecil.

Namun begitu, jika anda menerima ugutan seperti itu, anda seharusnya membuat semakan terlebih dahulu, dan menurut perkongsian dari seorang peguam, iaitu saudari Nor Zabetha, terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan terlebih dahulu sekiranya anda berada dalam situasi begitu.
Di ugut barang rumah hendak disita? Atau nama dikeluarkan warran tangkap?

Mungkin ada yang pernah terima panggilan begini. Maka paniklah kita tidak kepalang. Tak senang duduk dibuatnya. Kadang-kadang ini taktik si debt collector. Di kacaunya kita setiap hari tanpa henti. Hutang asal-asal RM2,000.00 dah jadi beribu-ribu. Kalau begini caranya berkemungkinan dari debt collector.

Jangan takut. Semak dulu sama ada betul dakwaan mereka. Negara kita bukan pakai undang-undang cap ayam. Sebelum rumah disita atau warran tangkap keluar mesti ada prosiding di mahkamah. Mereka tidak boleh sita barangan atau keluarkan warran tangkap tanpa perintah. Jika terima panggilan telefon dari mereka. Berikut adalah langkah yang perlu diambil:-

1) Dapatkan nombor kes bagi perintah mahkamah. Sebab setiap perintah mahkamah diperolehi daripada prosiding berdaftar di Mahkamah. Semua perintah ada nombor.

2) Sekiranya nombor tidak diberi. Nampak sangat tiada prosiding mahkamah. Jadi jangan beri kerjasama jika mereka tuntut itu ini. Terus hubungi syarikat yang kita berhutang. Debt collector adalah orang tengah yang akan meraih untung dari pembayaran kita. Selesai terus dengan syarikat. Jangan juga tandatangan perjanjian baru yang minta kita bayar itu ini sebagai tambahan.

3) Kalau dia beri nombor kes. Hubungi mahkamah. Cuba sahkan adakah perintah penyitaan telah dikeluarkan atau adakah warran tangkap dikeluarkan. Kalau ada, terus hubungi syarikat yang kita berhutang untuk penyelesaian.

Hutang tetap hutang. Masih perlu bayar tetapi janganlah jumlah yang cekik leher.

Jangan percaya bulat-bulat. Siasat dulu. Sudah banyak kes begini.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "