Amber Rachdi dari Troutdale, Oregon kini menginspirasi ramai orang diseluruh dunia dengan perjalanan berat badannya yang dramatik sehingga menjejaskan kesihatan dengan jumlah berat badan sebanyak 298kg ketika berusia 23 tahun.
Pada ketika itu, Amber hampir tidak dapat melakukan sebarang aktiviti seperti memandu kerana saiznya yang tidak dapat masuk kedalam kereta, tidak dapat mandi, dan jarang sekali meninggalkan rumah kecuali untuk membeli makanan. Dia bergantung sepenuhnya kepada skuter bermotor untuk bergerak kerana beratnya tidak dapat menampung kaki untuk berjalan.
Ketika pihak rancangan TV TLC ingin memfilemkan perjalanan kehidupan sehariannya, ketika itu dia sedar bahawa apa yang telah dia lakukan selama ini adalah salah. Sejak daripada itu, dia tekad memutuskan untuk melakukan apa saja untuk menurunkan berat badannya.
Langkah pertama yang dibuat adalah, mendapatkan bantuan daripada Dr Younan Nowzardian di Texas. Bermulalah kehidupan baru buat Amber daripada hari itu. Dia mula mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikalnya setiap hari untuk menghilangkan kira-kira 20 paun sebagai langkah awal pembedahan pintasan gastrik. Pembedahan itu sangat berisiko, namun baginya ia lebih penting daripada mengetahui dirinya yang akan mati lebih awal kerana penyakit obesiti jika dia tidak bekerja keras untuk kembali pada saiz yang lebih sihat.
Amber menekankan didalam status Facebooknya bahawa ia bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Namun bagi orang yang mempunyai berat yang terlalu membebankan, kaedah ini secara tidak langsung membantu mereka menghilangkan sedikit daripadanya.
"Saya rasa melalui pintasan gastrik ini, ianya membantu orang yang overweight seperti saya mempelajari tabiat yang baru, menjalani terapi, dan belajar membuat keputusan yang baik untuk diri sendiri.
Sejak pembedahan itu, ditambah dengan gaya hidup yang lebih sihat, Amber telah berjaya menurunkan sebanyak 181kg, hampir separuh daripada badannya sebelum ini! Sangat menakjubkan. Bagi menghapuskan sebegitu banyak berat, dia perlu komited untuk kekal cergas dan memerlukan disiplin yang ketat supaya tidak berhenti separuh jalan. Ramai diantara yang ingin menurukan berat badan gagal ditengah jalan kerana tiada motivasi diri. Oleh sebab itulah kisah Amber ini sangat luar biasa.
Melalui laman media sosialnya, Amber memberi inspirasi kepada ramai dengan perkongsian personaliti barunya yang lebih cantik dan menggalakkan orang lain untuk sentiasa mengambil langkah meningkatkan gaya hidup sihat. Sayangi diri anda dan dedikasikan dengan gaya hidup sihat kerana masih belum terlambat untuk berubah!
Siakapkeli.my
Sumber: Inspire More
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877