Merasa sakit di bahagian perut bahagian kiri mungkin kedengaran sesuatu yang biasa, tetapi ia bukanlah sesuaru perkara remeh yang anda boleh abaikan. Ia mungkin berpunca daripada beberapa sebab antaranya perut dimasuki angin, atau boleh jadi anda menghidapi keadaan yang lebih serius seperti berlaku jangkitan.
Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut di bahagian kiri secara kerap, mereka sepatutnya mengambil langkah bijak untuk mendapatkan rawatan pakar. Begitu juga bagi mereka yang menanggung rasa sakit yang teramat pada bahagian tersebut, maka rawatan segera juga diperlukan supaya ia tidak menjadi semakin parah.
Ini adalah 12 punca yang anda perlu tahu jika kerap merasa sakit di bahagian kiri perut.
1. Diverticulitis
Diverticulitis adalah punca paling kerap ditemui yang menyebabkan rasa sakit pada bahagian bawah perut kiri.
Ia boleh terjadi apabila bahagian diverticula yang terletak pada dinding usus dijangkiti kuman dan membengkak. Diverticula terbentuk pada bahagian lemah di dalam usus besar, yang juga dipanggil sebagai kolon.
Penyakit ini lebih senang menyerang orang dewasa namun mereka yang lebih muda juga berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama.
Antara tanda-tanda anda menghidapi penyakit ini adalah demam, kejang di bahagian perut, muntah dan pening.
2. Penyakit Seliak (Celiac Disease)
Penyakit seliak adalah penyakit kronik yang berlaku di saluran pencernaan apabila seseorang itu tidak dapat mencerna gluten. Gluten adalah sejenis protein yang biasa di temui di dalam gandum dan beberapa jenis ubat-ubatan.
Apabila seseorang menghidapi penyakit seliak, sistem imun badan akan mula menyerang di bahagian usus yang terjejas sekaligus menyebabkan pesakit menghidapi pelbagai penyakit berkaitt usus dan kekurangan vitamin.
Antara tanda-tanda menghidapi penyakit ini adalah kejang pada abdomen perut, berat turun dan cirit-birit.
Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini juga berkemungkianan menghadapi masalah tumbesaran dan kekurangan zat makanan.
3. Angin
Masalah kembung perut sering terjadi apabila anda 'menelan' makanan bersama-sama angin ketika anda sedang menikmati makanan, ataupun melalui proses pencernaan secara semula jadi.
Kebiasaanya, angin yang masuk ke dalam usus bukanlah sesuatu perkara yang perlu dirisaukan kerana ia boleh dibebaskan kembali melalui rektum dan esofogus. Namun kembung perut boleh terjadi apabila angin tersebut terperangkap sehingga dibebaskan kembali daripada sistem pencernaan.
Selain itu, masalah kembung perut juga berlaku disebabkan tabiat merokok, mengunyah gula-gula getah dan makan dalam kuantiti yang banyak.
Namun jika kembung perut anda berlarutan dan anda turut menghidapi simptom-simptom lain, anda disarankan untuk menemui pakar perubatan. Antara simptom-simptom tersebut adalah muntah atau cirit-birit, berat badan susut dan sembelit.
4. Intoleransi Terhadap Laktos
Mereka yang menghadapi masalah ini akan mudah mendapat sakit apabila mengambil makanan atau minuman yang mengandungi laktos seperti susu dan produk berasaskan susu. Kejadian ini berlaku apabila pesakit-pesakit tersebut mempunyai masalah kekurangan enzim lactese yang berfungsi sebagai pencerna laktos di dalam susu.
Bagi mereka yang mengandungi laktos yang banyak di dalam badan, mereka berisiko untuk menghadapi sakit-sakit seperti cirit-birit, muntah, kembung dan sakit pada abdomen perut.
5. Penyakit Radang Usus
Penyakit radang usus mungkin adalah satu punca anda seringkali merasa sakit pada bahagian kiri perut. Antara penyebab berlakunya radang pada usus adalah anda menghidapi penyakit Crohn dan ulcerative colitis.
Penyakit Crohn kerap berlaku di bahagian usus kecil manakala penyakit ulcerative colitis terjadi pada bahagian kolon.
Bagaimanapun, ahli perubatan masih lagi belum menemui jawapan mengapa penyakit Crohn dan ulcerative colitis boleh berlaku.
Antara tanda-tanda anda menghidapi kedua-dua masalah ini adalah sakit pada abdomen perut, cirit-birit berdarah, hilang berat badan dan demam.
6. Masalah Penghadaman
Masalah penghadaman berlaku apabila asid terbentuk selepas makan. Bagi kebanyakkan orang, masalah penghadaman berlaku pada bahagian atas abdomen perut, namun ia masih boleh berlaku pada bahagian abdomen perut bawah walaupun ia jarang berlaku.
Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah penghadaman adalah rasa pedih ulu hati, kembung perut atau rasa tidak selesa.
7. Irritable Bowel Syndrome (IBS)
Penyakit ini dikategorikan dalam penyakit kronik yang hanya boleh disahkan oleh doktor diagnosis yang dijalankan menolak penyakit-penyakit lain.
Antara tanda-tanda kepada penyakit ini adalah seperti cirit-birit, sembelit dan kembung perut.
8. Hernia
Masalah hernia boleh berlaku apabila organ dalaman badan atau bahagian lain badan menolak dan memberi tekanan pada dinding abdominal. Malah, anda juga mungkin mendapati timbulnya bonjolan pada bahagian badan.
Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah ini adalah merasa sakit apabila mengangkat benda berat ataupun rasa sakit yang bertambah.
9. Batu Karang
Kebanyakkan masalah batu karang berlaku akibat pengumpulan kalsium sama ada berlaku di bahagian kiri atau kanan buah pinggang. Dalam kebanyakkan kes, pesakit tidak pernah menyedari bahawa badan mereka sedang menghasilkan masalah batu karang sehinggalah mereka merasa sakit ketika membuang air kecil dan sebagainya.
10. Sembelit
Semebelit berlaku apabila pesakit sukar untuk membuang air besar disebabkan amalan pemakanan yang tidak bagus ataupun kurang bersenam.
Antara langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki masalah sembelit adalah mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan kerap bersenam.
11. Masalah Sakit Wanita
Ia adalah khusus pada wanita kerana ia melibatkan sakit-sakit pada bahagian pangkal rahim. Antara penyakit-penyakit tersebut adalah Inflamasi Pada Pelvik, Ectopic Pregnancy, dan Fibroid.
Jika anda adalah seorang wanita dan kerap mengalami masalah sakit perut pada abdomen perut kiri, bersegeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat.
Sumber : Medical News Today, Healthline
Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadamUntuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957
BalasPadam"Ingin Bermain Togel Online ?
Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman &
Live Casio
Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%
Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit
Untuk Info Lebih Lengkap
: KELINCI99.ORG
Di Jamin 100% Aman & Terpercaya
Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
Minimal Deposit Rp.20.000
Minimal
Withdraw Rp.50.000
Bet Invest Tidak Ada Batas Line
Minimal Bet 1.000
Tunggu Apa Lagi ? Daftar Sekarang Juga Di :
www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"
😘
BalasPadam