Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apakah Benar Air Mata 'Diharamkan' Mencemar Kain Kafan Dan Jenazah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

10 Apr 2018
Terdapat hadis nabi yang mengatakan akan terseksa jenazah dengan tangisan ratapan ahli keluarga semasa kematiannya.  Namun, apa yang cuba disampaikan adalah tangisan yang dilarang, merupakan tangisan ratapan yang buruk.  Pun begitu, jika tangisan itu lahir daripada kasih sayang yang masih terkawal lakunya, ia dibenarkan.

Fitrah manusia itu punya hati, jadi agak susah untuk menahan tangis kehilangan orang yang disayangi.  Ia tidak boleh ditahan, kerana apabila tiba masanya, yang namanya lelaki itu juga pasti mengalir air mata.  Menangis dan ketawa adalah sesuatu 'rasa' yang menunjukkan kehebatan Allah.

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Manja Alia daripada Facebook miliknya berkongsi satu kisah apabila seorang wanita dimarahi apabila air matanya terkena jenazah dan membasahi kain kapan suami.  Apakah benar air mata 'diharamkan' mencemar jenazah?

Mari baca penjelasan isu ini seperti dibawah serta video penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus bagi menjawab persoalan ini.  Semoga dijadikan panduan buat kita semua agar tidak 'sesat' dengan adat, tapi berpeganglah pada Al-Quran dan Hadis.  

"JAGA2 AIR MATA TU, JANGAN SAMPAI TERKENA JENAZAH DAN KAIN KAFAN NYA..  SEKSA JENAZAH TU..  BERAT DIA NAK PERGI"





Seorang makcik 'sound pada si suami jenazah.

Jenazah isteri telah selesai dikafankan.

Giliran suami nak cium....dia mencium dahi isterinya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri lama...mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah.

Seorang makcik bersuara
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah.

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya...dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
    BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "