Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aktres Bollywood, Sridevi Kapoor Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

26 Feb 2018
One Comment

NEW DELHI: Aktres Bollywood terkenal, Sridevi Kapoor meninggal dunia akibat dari komplikasi jantung di Emeriah Arab Bersatu (UAE)  Sabtu malam yang lalu.

Berita ini disahkan oleh abang ipar beliau menerusi media Indian Express.

Aktres itu berada di Dubai bersama keluarganya untuk menghadiri majlis perkahwinan sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun disisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuan mereka, Kushi.

Sridevi atau nama sebenarnya Shree Amma Yanger Ayappan memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia empat tahun dan terus bertahan empat dekad selepas itu.

Sepanjang hayatnya, mendiang membintangi pelbagai filem pecah panggung termasuk Chandni, Mr India, Mawali, Tohfa dan Nagina.

Pemergian mengejut aktres  itu turut diratapi oleh semua peminat dan barisan pelakon Bollywood yang lain.

Sumber- The Indian Express
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "