Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Penat Sangat Kak, Sekarang Ni Pregnant Tapi Rasa Nak Gugurkan Je", Wanita Luah Cabaran Ibu Bapa Menguruskan Anak Autisme

24 Feb 2018
Masyarakat luar tidak pernah faham isi hati anak-anak syurga ini.  Mereka kalau boleh mahu menjerit sekuat-kuatnya, berlari sejauh-jauhnya, meluahkan rasa sayang sedalam-dalamnya namun mereka tidak mampu.  Kanak-kanak autism ini dianggap menyusahkan dan tidak siuman.  Lantaran itu, ibu bapa yang memiliki anak-anak seperti ini dianggap tidak pandai mendidik dan tidak berusaha mencari jalan untuk merawat penyakit berkenaan.

Justeru itu, masyarakat sepatutnya didedahkan dan dididik tentang isu ini.  Ibu bapa yang memiliki anak istimewa juga perlu tabah, kerana tiada apa yang nak dimalukan.  Anak autistik ini bukan bermaksud mereka kurang upaya, sebaliknya perkembangan dan cara untuk membesarkan mereka mungkin perlu sedikit berbeza.

Ariana Best Smart Kids, melalui perkongsian daripada laman Facebook milik mereka menceritakan beberapa situasi seorang ibu menguruskan anaknya yang mengalami penyakit autistik dan berdepan dengan persekitaran masyarakat yang memandang rendah terhadap anak itu.  Guru ini melihat keadaan itu sebagai sesuatu yang perlu diambil iktibar.  Perkongsian ini diharap akan membuka mata orang ramai tentang kehadiran anak-anak ini dan belajar untuk lebih optimis. 

Hari ni tecer nk cakap something, selepas 2 minggu n beberapa hri ini ulang alik hospital. Dalm tempoh itu tecer melihat situasi anak syurga yg dibawa ibu bapa ke hospital dan bagaimana melihat penerimaan masyarakat.



Situasi 1 - anak dalam usia 3 tahun setengah, ikut ibu A pergi dapatkan rawatan. Sangat hyper, sampai beg orang yang duduk di tarik, si ibu A sedaya upaya cuba mententeramkan. Orang dewasa di kanan kiri mula menunjukkan reaksi tidak puas hati. Si ibu A sudah rasa malu tambah lagi tidak sihat, nampak stress sangat muka. Si anak jalan ke arah sepasang suami istri dan seorang anak kecil, lalu ambil mainan. Menangislah budak itu, si ibu B yg anak menagis menjengelkan mata tanda marah. Si ibu A memujuk anaknya pulangkan mainan sambil mulut tak henti minta maaf.

Ibu A : maaf anak sya autisme ... dgn suara terketar2

Dalam hati tecer ckp btul la sangkaan tecer mesti anak ibu A istimewa. Dia pandang tecer dan tecer senyum. Dia tarik anaknya duduk. Tiba2 ibu B bersuara, kenapa tk tinggal aje kat rumah dah tau anak tk betul... perghhh!! Menyirap dengar tp sabarlah, tk kan tecer plak nk tegurkan. Ibu A tunduk smbil pluk anaknya. Dah nama anak autisme manalah boleh diamnya. Masih dengar ibu B mengomel. Tecer bangun n pg kaunter, tanya lama lg ke giliran ibu A. Tecer explain btul2 keadaan ibu A. Nurse kaunter angguk2 n ckap akan cba mnta dktor cpatkan giliranya. Tecer duduk smula, ramai yg pndang tecer. Ibu A senyum sayu pda tecer hati dia Allah yg tahukan. Memang sedih...

Tk smpai pun 3 minit anak ibu A mula menunjukkan akan tantrum, sedaya ibu A pluk anaknya, pujuk, org keliling mula pandang macam budget bagus. Kau org punya pandangan tu tecer sangat boleh agak. Bila keadaan makin tegang, tecer teringat dkat handbag tecer ada banyak keychain, tecer sengaja bunyikan keychain, mula anak ibu A tk pandang, tecer kuatkan sikit bunyi keychain dan dia mula pandang. Tecer buat tak tahu je. Pelan2 dia datang dekat n tengok keychain besi tecer.



Tecer panggil dan letak beg sebelahnya, ulang2 dia pegang dan dia akan goyangkan tanganya bila dengar bunyi keychain mean dia suka. Bila dia mula seronok tecer ambil keychain ktuk2 and nyanyi johny2 pelan2, dia ketawa smbil goyngkan tangan. Aduhai teringat anak2 syurga tecer dia tarik beg tecer tgok dlam beg, tecer kluarkanlah brang2 ada pen, ada buku, ada hnd phone, ada make up hahaha...tp dia tertrik tasbih pink tecer yg beli dgn mama Roslinah Md Sarip dibelek2 diletak atas lantai, dimasukan mlut.. dia pndang muka tecer smbil ketawa tunjuk tasbih, tecer pun dgn konfiden baca subhanAllah pelan2, ibu A perhati je dgn senyum. Tiba2 anak tu terlena smbil tangan masih pegang tasbih. Tk lama nurse panggil ibu A, tecer bg isyarat suruh ibu A masuk tecer tgokan anaknya.

Tak lama ibu A kluar, dia ambil anaknya lepas bual sekejap, tk henti2 ucap terima kasih. Apa yg buat hti tecer sebak bila ibu A cakap

Ibu A : dia tk pernah tido siang kak, walau seminit, malam jam 2 pg bru tido. Sya penat sgt kak, ni sya pregnant, rasa mcm nk gugurkan. Sya tk lart kak



Terkedu tecer dengar. Boleh bayangkan tak btapa stressnya ibu A. Ibu B n yg lain2 mula beri perhatian. Tecer ckap pelan2 suruh sabar. Tecer ofer anta anak tmpat tecer tgok apa boleh tlong. Tiba2 dia pluk tecer, ngis sya tk prnah jmpa org baik mcm akak bleh trima anak sya. Smua org benci anak saya. Org kata anak sya jahat. Tecer tepuk2 badan dia pelan2. Ibu B kesat air mata

Apa tecer nk ckap...

Stoplah pandangan negatif pda anak2 syurga . Mereka bukan jahat mereka sgt istimewa. Mereka perlu layanan sama rata dri masyarakat sekeliling. Mereka juga ada hak sama mcm anak lain. Berilah sokongan pda mereka dn kluarga mereka. Mereka smua tk mnta jdi seperti itu. Kita kenalah sama2 menyokong mereka bukan hina mereka. Kita tak tahu derita hati mereka lalui smua ini.

For parent luar sana yg macam ibu A, terus tabahlah jgn pendam sorang2, Allah ada dan tecer ada sedia mendengar boleh call tecer, wsupp tecer. In shaa Allah selagi tecer sihat kita akan bantu anak2 syurga semampu kita ya..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "