15 Jan - Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia sekali lagi digesa untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberi tanggapan yang salah terhadap Malaysia.
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negara, Datuk Hanafi Mamat dimana beliau berkata, seorang wanita warga New Zealand telah menulis sepucuk surat kepadanya yang menyatakan rasa jijik apabila melihat uniform yang digayakan sebuah syarikat penerbangan negara.
Menurut Hanafi, surat tersebut ditulis adalah sebagai respon Dr June Robertson kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari tersebut.
Dalam surat tersebut, Robertson menyatakan beliau akan ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lepas kerana sukakan negara ini.
Dia merasa jijik apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu singkat dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.
Gambar Hiasan |
"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baru supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam," katanya.
Langkah tersebut dikatakan tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
Robertson juga turut membandingkan syarikat tersebut dengan syarikat penerbangan eropah yang lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat.
Datuk Hanafi Mamat |
"Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan," katanya. - Siakapkeli.my
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :)