Pesticide atau racun perosal adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mengawal perosak yang merbahaya kepada tanaman, manusia serta struktur bangunan.
Namun hari ini, pesticide telah digunakan secara berlebihan terhadap tanaman khususnya buah-buahan untuk memastikan ianya sentiasa sihat. Walaupun begitu, dengan kandungan pesticide yang tinggi, kesannya sangat berisiko terhadap tubuh badan.
Perkongsian Professor Dr Imelda daripada Pusat Perubatan Universiti Malaysia ini akan membuka mata anda untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan buah-buahan dan lebihkan memakan buah-buahan tempatan kerana ia kurang dicemari racun serangga. Mari ikuti penjelasan Prof Dr Imelda dalam mengupas isu lanjut kesan pesticide ini terhadap tubuh badan.
Zaman dulu lain, zaman laa (sekarang) ni lain.
Petua orang tua Orang Putih zaman dulu kata:
“An apple a day keeps the doctor away."
Maknanya depa kata kalau makan buah epal tiap-tiap hari, badan kita akan jadi sihat, tak payah jumpa doktor dah.
Tapi laaa (sekarang) ni, tak boleh ikut dah petua zaman dulu. Zaman laa ni buah Apple termasuk dalam Environmental Working Group (EWG) DIRTY DOZEN.
Buah Apple adalah dalam senarai 12 buah-buahan & sayur-sayuran yang dicemari kandungan pesticide (racun serangga) yang tertinggi. EWG bagi nasihat elakkan memakan Dirty Dozen ini (terutama yang diimport masuk ke Malaysia) kecuali jika anda beli yang ‘organik’.
Apakah di antara kesannya jika makan makanan yang ada kandungan pesticide tinggi?
Mai saya tunjuk kajian perubatan terbitan terbaru untuk January 2018. Lihat gambar.
Kajian ini melibatkan 325 wanita yang menerima rawatan kesuburan. Apakah yang mereka makan dikaji.
Keputusannya menunjukkam wanita yang memakan paling kurang sekali jenis makanan yang dicemari pesticide adalah mereka yang lebih berjaya hamil dan bersalin. Sebaliknya, wanita yang memakan paling banyak jenis makanan yang mengandungi pesticide kurang berjaya hamil.
Jadi sekarang kita tahu, penggunaan racun serangga yang berleluasa boleh menggangu kesuburan kita.
Keputusannya menunjukkam wanita yang memakan paling kurang sekali jenis makanan yang dicemari pesticide adalah mereka yang lebih berjaya hamil dan bersalin. Sebaliknya, wanita yang memakan paling banyak jenis makanan yang mengandungi pesticide kurang berjaya hamil.
Jadi sekarang kita tahu, penggunaan racun serangga yang berleluasa boleh menggangu kesuburan kita.
Pilihlah buah-buahan tempatan. Kalau lihat buah-buahan dan sayur-sayuran ‘Clean 15’ yang paling kurang sekali dicemari racun serangga, banyak buah-buahan tempatan kita masuk dalam senarai ni. Tidak ada satu pun buah-buahan tempatan Malaysia yang digelar ‘DIRTY DOZEN’. Tu diaaaaa.
Hari ni, saya makan jambu batu yang seedless (tanpa serbuk asam yang penuh gula dan pengawet yang tidak sihat untuk kita). Lihat gambar.
Jambu ni, sama size dengan epal. Tapi, kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah 20 kali ganda kandungan vitamin C dalam buah epal. Saya makan sebiji jambu saja sudah dapat 400% keperluan vitamin C saya untuk sehari. Tak payah tambah supplement Vit C. Kandungan serat dalam jambu pun 2 kali ganda lebih daripada buah epal. Bagus untuk kesihatan usus dan mengelakkan sembelit.
Jangan kata buah-buahan tempatan tak sihat untuk kita, nanti hangpa rugi. Sekarang Mak Mertua orang putih saya yang duduk di England tak mau makan dah buah epal depa, kalau boleh Mak Mertua saya cari dan beli buah-buahan kita yang dibawa ke sana.
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :)