Seharian bekerja dan bila pulang ke rumah, sudah semestinya berasa penat, tapi masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang berkeluarga, mencuci baju dalam jumlah yang banyak terutamanya pada hujung minggu meletihkan. Tugas yang sering dipikul oleh isteri ini mencabar, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang mendung dan hujan, baju yang disidai akan lambat kering dan berbau.
Bukan tiada dobi layan diri untuk memudahkan proses mengering, tetapi jika jumlah pakaian banyak, kos mengering pon akan meningkat. Apa kata anda beli sendiri alat pengering pakaian di rumah. Boleh basuh dan keringkan pakaian pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu sidai. Sambil itu, boleh buat kerja rumah yang lain. Jimat masa bukan? Dalam masa yang sama, suami dapat ringankan beban isteri yang penat menguruskan rumah tangga.
Perkongsian pengalaman daripada Afyan Mat Rawi yang menghadiahkan sebuah mesin pengering pakaian kepada isterinya bagi memudahkan kerja membasuh boleh dijadikan panduan buat suami di luar sana. Tak perlu beli dengan harga yang mahal, mesin pengering dengan harga yang berpatutan pon setanding dengan kualiti jenama terkenal. Paling penting, senyuman isteri. Apa yang lebih bahagia dari membuat isteri anda tersenyum?
Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.
Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe... Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi.
Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud "bibik" eletrik ini. Kisahnya sekitar Disember 2016 - Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan? Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.
Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
Pengering pakaian yang dibeli Afyan dengan modal RM800 untuk muatan 6 kg jenama Midea.
Pengering pakaian yang dibeli Afyan dengan modal RM800 untuk muatan 6 kg jenama Midea.
Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya. Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
Tak perlu lagi sidai baju. Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah. Tak perlu risau baju lambat kering. Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan. Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini. Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju dibersihkan. Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini. Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju dibersihkan. Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa, "Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri." Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :)