11 Jan - Sarapan adalah makanan yang penting untuk anak-anak anda menjalani aktiviti seharian di sekolah dengan tenaga yang mencukupi.
Antara makanan yang menjadi kebiasaan para ibu untuk sarapan pagi anak-anak adalah , nasi lemak, nasi goreng, roti bakar atau mi goreng. Memang digalakkan untuk mengambil makanan yang berat ketika sarapan kerana boleh menjana tenaga sehingga waktu rehat di sekolah.
Tetapi, tahukah anda bahawa anak-anak anda berisiko menghidap kanser kolon jika kerap diberikan sarapan daging yang diproses seperti sosej.
Seorang doktor yang bernama Taufiq Razif menerusi laman Facebooknya berkongsi mengenai bahaya memberikan anak-anank bersarapan dengan makanan daging yang diproses.
Menurut Taufiq, tidak berbaloi ibu bapa menggadaikan kesihatan anak-anank semata hanya untuk menjimatkan masa.
Doktor itu juga menulis, menurut American Cancer Society (ACS) makan 50 gram daging yang diproses setiap hari akan meningkatkan risiko kanser kolon sebanyak 18 peratus. 50 gram daging yang diproses bersamaan dengan sebatang sosej daging atau ayam.
Kanser kolon Adalah antara kanser yang mungkin tidak seberapa glamer sebagaimana popularnya kanser payudara dan kanser serviks untuk wanita, dan kanser prostat untuk lelaki. Kanser kolon juga dikenali sebagai kanser usus atau kanser kolorektal.
Namun begitu, kanser usus ini paling ramai pengidapnya di kalangan lelaki. Secara umumnya, kanser kolon adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus).
Tahu tak anda, penyakit kanser kolon di katakan adalah antara penyakit pembunuh no. 7. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia kerana penyakit kanser usus, pada tahun 2008.
Manakala, di Malaysia sahaja, pesakit kanser usus yang di rekodkan kematiannya adalah 3,500 kes.
Berikut adalah perkongsian Doktor Taufiq mengenai perkara tersebut
BAHAYA SARAPAN SOSEJ
Saya faham semua mak ayah nak cepat pergi kerja tapi tak berbaloi pun kita gadaikan kesihatan anak kita dengan menyediakan sarapan sosej/hotdog pada anak kita
Daripada American Cancer Society :
Makan 50 gram daging yang diproses ( sosej ) setiap hari meningkatkan risiko KANSER KOLON sebanyak 18% 50 gram tu bersamaan dengan sebatang sosej
Jom ingatkan ahli keluarga kita yang lain juga. - Siakapkeli.my
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^