"Doktor Nasihat Gugurkan Kandungan Sebab Bahaya,Tapi Saya Berkeras", Luahan Ibu Hadapi Masalah Jantung Terbalik
Niat untuk melihat anaknya membesar dirasakan tidak kesampaian. Miera Alya, seorang ibu yang disahkan menghidap penyakit dextrocardia atau jantung terbalik dan injap jantung berlubang ini bakal menjalankan pembedahan jantungnya selepas hampir 4 tahun menunggu.
Dextrocardia adalah keadaan jantung yang jarang berlaku dimana jantung menunjuk kearah kanan dada dan bukannya disebelah kiri. Penyebab dextrocardia ini masih belum diketahui. Menurut kajian, ia berlaku semasa pembesaran awal janin dan mungkin mempunyai kecacatan lain dibahagian injap jantung.
Perasaan sedihnya semakin bertambah apabila melihat keletah anaknya yang semakin membesar dan petah bercakap. Akibat penyakit yang dihidapi sejak dari kecil ini, dia pernah dinasihatkan oleh doktor yang merawat untuk menggugurkan kandungan kerana risau akan keadaannya yang mungkin tidak dapat menampung bayi tersebut. Namun, naluri hati seorang ibu itu kuat mengatakan yang dia mampu dan ingin melihat anaknya itu dilahirkan. Alhamdulilah dengan kuasa Allah, Miera selamat melahirkan melalui kaedah caesarean.
Ikuti perkongsian daripada Miera Alya sendiri mengenai penyakit yang dihidapi dan jerih perih perasaan seorang ibu terhadap anaknya yang masih kecil dan tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku.
Kisah paling sedih dalam hidup saya
Saya kongsikan perasaan kita sebagai seorang ibu
Hai saya Miera 25 tahun ibu kepada seorang putera hati berumur 4 tahun. Takde apa nak saya kongsikan cuma perasaan kita sbgai seorang ibu saya memang dari kecil menghidap Dextrocardia (jantung terbalik) dan injap jantung berlubang dari saya preggy dulu mmg doktor nk gugurkan sebab bahaya tapi saya tetap berkeras kuasa Allah tiada sebarang sakit semasa preggy, bersalin caesar. Sebulan di HKL, sebelum bersalin anak semua sihat Alhamdulilah.
Sampai sekarang saya tak dibenarkan preggy, saya dipaksa pakai implan. Sekarang dah buka, saya sambung cucuk. Takpe saya ikut demi keselamatan saya dan sekrang tarikh operation jantung dah dapat. 4 tahun saya menunggu sekarang baru ada jawapan, benda paling sedih sekarang bila anak kita dah berakal dah boleh bercakap dan berborak.
Saya pernah cakap "adik, nanti ibu operation adik duduk dengan aby ya, g school dengan aby." Anak saya sampai menangis, "adik taknak pergi sekolah adik nak teman ibu." Allahuakbar, airmata berderai-derai jatuh. Andaila suatu hari saya tak ada, macam mana agaknya anak saya. Esok hari terakhir saya bersama anak saya, lusa saya dah admit wad, isnin saya operation. Saya tak dapat bayangkan hidup dia tanpa saya.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Supaya saya boleh membesarkan dia dengan kasih sayang yang orang lain tak dapat bagi. Saya mohon sahabat-sahabat doakan saya, benda paling saya takut sekarang, bila saya pejam mata, saya takkan bangun lagi. Allahuakbar, sesungguhnya sahabat saya didalam ini semua hebat-hebat dan beruntung.
Salam Sayang Mommy Aqiff
Siakapkeli.my
Sumber: Miera Alya
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^