Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Niat Nak Cantik Sapu Krim Pembesar, Tapi Membesar Macam Bengkak Dan Bernanah, Akhirnya Terpaksa Buang Sebelah

11 Jan 2018
5 ulasan

Obsesi perempuan yang ingin memiliki tubuh yang cantik serta aset yang menarik membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan sampingannya.

Pembedahan plastik, mengamalkan supplemen dan yang paling mendapat perhatian adalah sapuan terus pada kulit. Penjual menjanjikan kaedah ini sebagai yang paling selamat dan kesan dapat dilihat dalam tempoh yang singkat.

Paling popular, krim pembesar payudara yang dikatakan memiliki keajaiban untuk mendapatkan bentuk payudara yang diidamkan oleh wanita tanpa perlu melalui proses pembedahan.

Perkongsian dari Dr Khairul Yoi boleh dijadikan ikhtibar buat wanita di luar sana. Sebelumnya dia teruja sebab dah guna empat bekas memang berkesan tapi semakin lama makin besar dan sakit. Rupa-rupanya besar disebabkan nanah, akhirnya terpaksa dibuang sebelah sebelum nyawa melayang.

Aku dah kaborrr.... aku dah nasihat.. berbuih jari menaip untuk bani tetek smua ni
Tapi dikatanya "Khairul Yoi nak jatuhkan periuk nasik melayu"
Haaa sekarang siapa yang lepas tangan? Bukan Melayu ke?
Jangan kata abang tak payung !



Berikut merupakan perkongsian Dr Khairul Yoi sebelum ini mengenai bahaya krim pembesar payudara. Moga jadi pengajaran buat wanita di luar sana. Jom kita baca.

Bahaya Krim Pembesar Payudara

Haaa.. dengar tajuk cam gempak kan? Maka aku isytiharkan topik ini ditujukan khas kepada adik2, kakak2, dan makwe2 papan lapis yang berkeliaran di posting2 iklan krim pembesar boobies. Stress woo nak educate orang pompuan ni, dia punya taksub ngan boobies selambak ni lagi besar dari dia punya otak. Hah terasa la tu sikit2 nak sentap sikit2 nak sentap hak alah pastu japgi kabor ke KRT kata abang yoi ejek tetek macam papan lapis.


Engkorang ni bukan boleh sangat, asal nampak iklan “suami asyik nak ramas, suami asyik teringat, nipple pink macam bunga ros, kalau tetek kecik nanti suami lari” haa mula lah puting dia vibrate macam Nokia 3310. Terkinja2 pakat suruh pm, testimoni pulak letak model tetek selambak macam baru lepas pam dengan gas helium. Lagi la tak sabar engkorang pakat lumur kat tetek, telan pil sampai berbotol. Dalam pada itu, tak ramai pulak yang rajin nak pergi search kat google, atau tanya kepada yang pakar tentang produk2 bangang apa ni smua. Heran aku.

Hah ni aku nak kabor, segala Gadis Merah Jambu ke, Bom Cangkerang ke, Puding Monmon ke, segala pil dan krim tu semua la yang duk cucuk otak korang dengan pemikiran “lelaki Cuma puas kalau tetek bini besar je”, “hidup aku kena berpaksikan tetek je”, “hidup ni hanya untuk klimax”. Jadi kita gelarkan bani2 ni sebagai Bani Tetek dan Bani Klimax. Pasal bani Klimax aku dah terangkan dalam post lepas iaitu pasal jamu korek2 ketat dan segala jamu sumbat. Jadi aku kasi warning siap2, kalau engkorang rasa korang ni berdarah pahlawan melayu sejati, elok2 la korang angkat kaki pasal aku nak berleter panjang lebar jugak japgi.

Pertama, aku kenalkan korang dengan jenis makhluk2 asing untuk tetek korang ni. Ada jenis pil, ada jenis krim, ada jenis sabun, dan ada jenis serbuk. Walaupun rupa makhluk2 asing ni berbeza, paksinya tetap sama, dan fungsi serta mekanisme nya jugak sama. Korang kena letak dalam kepala hotak masing2, KALAU LIBATKAN TETEK, BEBIRD, VACHINA, DAN BONTOT serta physical appearance, maka makhluk2 asing ni adalah makhluk asing yang akan ganggu HORMON. Haa sengaja aku letak capslock mana tahu tetek korang dah besar tak nampak pulak tulisan kecik ni karang. Tu yang pertama.

Yang kedua, aku nak kabor. Aku dah check satu2 segala produk yang korang dah bagi kat aku tadi. Dan berita baiknya, ada yang ada NOT atau MAL. Berita tak baiknya, engkorang kena paham, betapa mudahnya nak dapatkan not KKM ni. Cuma perlu isi borang dan tulis bahan2 yang selamat, maka luluslah NOT KKM tersebut. Andai kata KKM pick randomly produk tersebut seperti yang terjadi pada D’nars dan Tati dan jugak produk calit2 mengandung, maka memang kantoi terlondeh habis la diorang punya temberang. Jadi dengan adanya NOT KKM tak bermakna produk tu selamat untuk digunakan. Engkorang yang beria nak besarkan tetek ni, cuba besarkan otak pulak. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan produk2 macam ni. Dan ada jugak produk yang korang bagitau kat aku tadi rupanya produk rebranding tahap cilaka punya, siap ada FDA certified. Dan perkara ni dah selamat diadukan via SISPAA dan insyaAllah sekiranya aku dapat feedback, kita akan raikan dengan parti buih.


Ketiga. Bahan. Korang ni tau pakai je kan? Bahan apa dia taruk pon korang tak pernah tanya. Tapi kalau korang tanya pon, dia takkan bagitau bahan terlarang punya. Kompem2 dia kasi tau bahan selamat, organic, herba abah dia semua. Padahal masa isi borang NOT kkm pon dia tak declare bahan2 terlarang ni. Nak mampus kalau bagitau? Silap2 boleh bungkus dia punya company. Ok jadi balik kepada bahan. Pertama, bahan yang paling femes dalam produk2 pembesar boobies ni ialah PUERARIA MIRIFICA. Buah ni macam sengkuang jugak la, tapi banyak tanam kat Burma ngan Thailand sana. Pueraria Mirifica ni highly estrogenic. Maka bila aku sebut estrogenic ni, bermakna memang dia akan ada kena mengena ngan hormon badan engkorang. Korang waktu nak menopos nanti, doktor akan suruh engkorang buat estrogen replacement therapy. Therapy ni untuk kurangkan simptom menopos seperti faraj kering, mudah emo, kulit kering, rambut gugur, macam2 lagi la. So, PUERARIA MIRIFICA ni nak kabor padu tak padu, dia boleh bawak potential risks sama macam estrogen replacement therapy. Apa risks tersebut? Risks tersebut ialah kejang otot, mual, vaginal bleeding, dan sekiranya level estrogen terlalu tinggi, korang boleh dapat kanser ovari. Maka, untuk buat estrogen replacement therapy ni slalunya doc akan seimbangkan dengan pengambilan progestrone skali. Engko bayangkan engko telan pil pueraria mirifica dan estrogen level dalam badan korang meningkat, dan tak diseimbangkan dengan progestrone. Apa akan jadi? InsyaaAllah, bukan tetek je besar, masalah pon besar jugak nanti.


Bahan kedua, STEROID. Haaa berbuih Dr. Rusyainie bebel pasal steroid ni, engkorang bukan nak baca, sibuk nak baca pasal hapis midon, emma kembong, alip syukri. Bawak2 la baca menda pekdah sikit. Ini aku nak kabor, krim2 la selalunya, diorang memang akan letak steroid untuk bagi “kesan” tetek bengkak dan berdenyut. Bila korang pakai rasa tetek berdenyut, maka asam keping engkorang pon berdenyut la nak tunjuk kat suami yang tetek korang dah besor. Pastu mula la pergi pm agent2 “eh awakk tetek kita denyut tau, cik abang ramas tak henti2” haa kemain kau punya excited. Engko sabajap. Baca ni aku nak kabor. Steroid ni under hormone, maka secara automatiknya produk yang menggunakan STEROID harus didaftarkan sebagai UBAT. Tapi bila aku check nama2 produk yang korang kasi tadi, founder tak daftarkan under ubat tapi diorang daftarkan under COSMETIC. Sebab kalau under ubat, maka secara tak langsung pengambilan produk ni harus ada prescription dari doctor. Cerdik tak founder ni? Haa cerdik kan? Yang bangang tu engkorang la, pergi beli tak reti siasat dulu, tapi takpe.. biar bengong sekarang. Jangan bengong melarat sampai anak cucu.

Steroid ni untuk pengetahuan korang, mestilah dipreskripsi kan oleh doktor, dan kena ada pemantauan berkala untuk jangka masa panjang. Kalau korang nak tau kenapa tetek korang membesar dengan jaya nya, sebenarnya steroid ni memang bagi korang cepat gemok dan menyebabkan pengumpulan lemak. Tapi doktor2 tetek ni takkan kabor dia punya kesan negatif sebab nanti kompom2 korang tak jadi beli. Haa ni aku nak kabor. Steroid ni kalau korang guna dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan tulang reput, otot lemah, tekanan darah naik, glaukoma, katarak, susah tido malam dan sebagainya. Macam ubat yang aku dah report via SISPAA tadi, dengan selambe badaknya dia tulis produk tu adalah SWISS HORMONE. Dan dijual dengan selambe tanpa priskripsi doktor, dengan dosage yang SANGAT SANGAT TINGGI. Kemungkinan pil hormon tu diseludup dan direbranding semula. Memang sah2 haram dari segi undang2. Macam kes krim calit2 mengandung jugak, akhirnya kantoi sebab takde dalam NPRA system.

“Alaaa tapi Yoi, takde langsung ke produk yang selamat untuk besarkan tetek?”. Hah yang ini aku nak marah ni. Selagi aku tak jawab “ada”, selagi tu la dia tanya soalan bangang ni berkali2. Berbuih jari aku bebel ni cubalah hadam betul2 apa yang aku sampaikan. Kalau nak besarkan tetek, amik stoking, gulung2, sumbat dalam bra. Itu pon nak kena ajar ke? Kalau nanti suami tanya “eh sayang, apesal masa kapel dulu nampak besar, apesal skarang kecik?”. Engko kabor je “lelaki yang baik takkan tanya masa silam perempuan”. Haaa gitu.

Penat aku membebel ni engkorang faham ke apa yang aku sampaikan? Senang citer engko tetek besar ke leper ke kalau laki korang jenis gatal ni dia memang akan cari lain punya. Yang suami2 ni pon sudah2 la suruh bini jaga badan, dia menggeleber sana sini pon pasal lahirkan zuriat engko jugak. Macam lah bebird kau tu besar sangat. Hidup ni kalau pikir nak jimak je manjang susahlah. Kawen ni bukan pasal jimak je, tapi pasal tanggungjawab jugak. Kalau kau rasa tetek bini kau kecik, pergi himpun rm12000 untuk buat breast augmentation. Kalau kau miskin takyah la nak demand sangat, bini kau terima diri kau seadanya pon kira bagus. Disebabkan adanya laki2 yang berpaksikan tetek dan pussy ni la pompuan2 jadi bangang belaka. Kita ni kaum lelaki, jadi la cerdik, ajar diorang jadi cerdik. Ini sampai membahayakn kesihatan sendiri , nak pussy ketat pegi la kegel. Nak tetek mantop buat je senaman2 yang boleh besarkan tetek. Youtube sana bersepah senaman bagus2. Jangan amik jalan mudah. Sama la macam orang gemok, beria nak kurus tapi malas senam. Haa kan tak pepasal geng gemok pon kena heret skali. Takyah besar2 la, nanti tua melayut jugak. Kalau kecik takde la nampak melayut sangat. Kalau besar kang siap boleh buat penyidai baju. Haa dah la bebel pepanjang ni kang ada pulak makwe2 libas aku ngan tetek diorang ni kang.


Hah founder mana yang nak saman aku tu, tolong amik nombor giliran ye. Banyak lagi ni yang nak saman aku. K Colly, JSD, Mary Kay, dan yang terbaru D'nars, sampai sekarang aku tunggu aku rasa posmen sesat cari rumah aku tak jumpa. Kalau nak saman jangan lupa kasi sample product skali, kalau tak kasi biar aku yang cari sendiri dan bawak pergi lab test. Muahahahha kalau nak block, block siap2 dan tinggalkan kata2 caci maki dulu sebagai pengubat rindeww.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Suka la abang ni jujur... Cee try review bieserum... Mcm mne... Ig ig c nk follow

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "