Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Menggigil Tengok Gambar Kanak-Kanak Penuh Dalam Handphone Dia'' Wanita Ini Kongsi Pengalaman Anak Berdepan Lelaki "Pedofilia"

16 Jan 2018
2 ulasan

Sejauh mana anda tahu tentang jenayah seksual kanak-kanak atau pedofilia? Pedofilia merupakan keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Kebanyakannya daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual. Mereka selalu berfantasi atau mencari peluang untuk membuat hubungan seksual dengan kanak-kanak. Mangsa yang menjadi sasaran ini biasanya berumur di bawah 14 tahun.

Penjenayah pedofilia suka berkeliaran di tempat yang mempunyai ramai kanak-kanak. Ada yang membawa telefon bimbit berkamera ke taman-taman permainan awam untuk merakam video atau mengambil gambar kanak-kanak tanpa sedar. Meskipun hanya mempunyai keinginan seksual melalui gambar dan tidak menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia. Gambar kanak-kanak yang diambil kemudiannya akan dijadikan modal imaginasi seks mereka. Ngeri bukan?

Sebagai seorang ibu bapa, cuba anda bayangkan situasi ini berlaku terhadap anak anda. Sekiranya ada lelaki yang tidak dikenali mengambil gambar anak anda, apa tindakan anda? Membiarkan sahaja atau mengambil tindakan?

Tindakan pantas ibu ini harus dicontohi oleh ibu bapa di luar sana dalam mengawasi anak-anak agar tidak menjadi mangsa jenayah seksual. Berjaga-jaga lebih baik dari terjadinya perkara yang tidak diingini. Kisah yang mendapat hampir 8 ribu perkongsian dalam tempoh beberapa jam dikongsikan oleh Siti Umairah melalui laman facebook.

Jom kita ikuti perkongsian beliau ketika berdepan detik mencemaskan ini. Anak dijadikan sasaran sekumpulan lelaki yang mencurigakan, hati ibu mana yang tidak risau. Moga bermanfaat untuk semua.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.

Post kali ni mungkin panjang sikit tp inilah yg berlaku kpd sy ketika membeli belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam. Sy tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dlm post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.

Sy dan #laylasalikin, kakak ipar Zadariah Zakaria beserta anak 3 orang, mak ke pasaraya di kulim nak beli diapers yg sedang offer. Sampai pasaraya, sy terlintas d kawasan baju kanak2 yg sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dll. Tinggal sy, layla dan anak sedara, zahra.

Tengah syok2 sy pilih seluar dan acukan ke kaki layla, mata sy terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar layla(sy agak je masa ni sbb kamera hp beliau menghala ke arah layla). Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Sy seorang diri.


Sy gagahkan diri, bertanya dlm nada marah "buat apa?" Depa mula menjauhkan diri. Sy tolak troli n ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut sy lantang berkata "open camera gallery. Delete. I call police".

Dan makhluk bangla yg pegang hp td patah blk n mai dpn sy. Yg lain dah x senang duduk n ushar panas. Makhluk tu open gallery hp. Ada gambar layla salikin!!!!!! dan sy perasan byk lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar layla. Mulut x berhenti cakap "ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police"

Allah. Gais. Ampa rasa????sy ketaq segala2nya. Sy p cari mak n kakak ipar. Sy cerita. N sy bertekad nak inform pihak pasaraya. Sy nampak 2 org staff kat bahagian keju. Sy gtau. Depa x layan!!!! Depa suruh p customer services sbb manager ada sana. Seriuslah bhai???? Sy call suami Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Othman Arshad bgtau semua yg berlaku td.

Sy teruskan ambil apa yg sy mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar2 dgn tgn seorang tu masih pegang hp. Sy bayar, p kaunter customer service n cerita. Staff tu cakap, "ok. Kami akan berhati2." What? Tu ja? Xmau tanya aku ka makhluk tu yg mana?(makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa2 brg)

Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yg tggu kat food court. Segerombolan tu lalu n benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Sy snap gambar depa. Depa perasan and bercakap2. Sy buat2 cakap kat hp. Lama depa tggu situ. Sy tunggu abg Syakirin Ismail kat food court tu. Abg sy mai, bg anak2 main dulu, baru turun ke parking.

Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Sy tunjuk gambar yg daku sempat snap td. Tp bak kata abam polis, tak boleh buat apa2 sbb segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.

Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa sy x suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak2. Maaf. Sy sgt blur. Ntah dr mana daku dpt kekuatan p ikut depa, sy pun x tau.

Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yg "curi" (cahaya) mata kita. Dlm kes ni, alhamdulillah, sy terrr berani. And alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu tak mengganas.

Ni ja yg sy nak bgtau. Abam polis cakap "kita takut kes penderaan seksual kanak2 ataupn kes culik". Abam polis sgt frust sbb segerombolan tu dh blah. Nothing to do.


Terima kasih pihak pasaraya sbb tolong call abam polis. Tp staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sbb call polis jgk. Syg, lain kali jgn kalut sgt. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yg mata2, yg berseragam, yg bermotor besaq.

Masa sy taip ni, sy masih ketaq. Layla salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat. Alhamdulillah, mata sy dpt tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya allah.

Siakapkeli.my

Sumber : Siti Umairah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "