Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Farid Kamil Sambung Reman Kes Dadah

16 Jan 2018
One Comment

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dilanjutkan tempoh reman ke atasnya bagi membantu siasatan polis berkaitan kes narkotik.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, tempoh reman berikutan kes jenayah membabitkan tindakan menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam berakhir semalam.

"Namun, kita akan melanjutkan tempoh reman ke atas Farid menerusi kebenaran mahkamah bagi membantu kes narkotik.

"Bagi kes jenayah terdahulu mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis, ia dianggap sudah selesai,"katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Mazlan berkata, pihaknya telah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan mendakwa Farid di mahkamah kelak.

"Kami sudah bersedia untuk pertuduhan itu (kes jenayah) dan jika ada elemen narkotik, dia turut akan dituduh atas kesalahan berkenaan," katanya.

Mahkamah Petaling Jaya membenarkan tempoh reman ke atas pelakon itu diteruskan selama sehari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pelakon iru dilaporkan ke Balai Polis Kota Damansara pada Khamis lalu bagi membuat laporan polis berikutan kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, Farid secara tiba-tiba dikatakan menampar muka pegawai polis yang bertugas ketika itu.

Pelakon itu juga dikatakan menendang dua orang awam di lokasi yang sama.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "