Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk bertemu dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat berkaitan isu yang timbul terhadap beliau.
Memetik laporan sumber, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, beliau setuju agar Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Izwan Yusof menguruskan pertemuan tersebut.
"Assalamualaikum Dr. Izwan Yusof. Setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum," kata Othman dalam satu kenyataan di facebook beliau.
Kenyataan tersebut sebagai reaksi mesej terbuka kepada Nur Sajad yang ditulis oleh Dr. Izwan sebelumnya dalam facebook beliau kepada usahawan kosmetik tersebut.
Dr. Izwan berhajat untuk berjumpa Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.
"Berkenaan hal-hal yg berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami perlu tahu masalah sebenar yg dihadapi. Dalam masa yang sama kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Nur Sajat," jelas Dr. Izwan.
Menurut beliau, Jakim sentiasa terbuka untuk membantu dan memberi khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam.
Dr. Izwan juga yakin dengan pertemuan tersebut akan merungkaikan persoalan yang berlegar di kalangan ummah.
"Kami juga ingin nasihatkan Nur Sajat supaya mendekati al-Quran dan banyakkan zikrullah. Ini kerana ia akan membantu jiwa kita menjadi tenang.
"Akhir kalam, kami menjemput Nur Sajat untuk hadir ke Jakim untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa," kata Dr. Izwan.
Siakapkeli.my
Sumber : Utusan Online
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe