3 Jan - Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda. Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah.
Apendisitis atau radang Apendiks merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah.
Adalah dianggarkan lebihkurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka.
Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Khairul Hafidz telah ditanya oleh salah seorang pengikut laman Twitternya mengenai kebenaran memakan makanan pedas punca utama terjadinya radang Appendiks.
Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Khairul Hafidz telah ditanya oleh salah seorang pengikut laman Twitternya mengenai kebenaran memakan makanan pedas punca utama terjadinya radang Appendiks.
Menurut Dr. Khairul memakan makanan pedas bukan penyebab radang Appendiks. Ramai juga yang berpendapat biji cili faktor utama terjadinya radang Appendiks.
Khairul tidak menafikan biji cili salah satu faktornya. Namun, ia jarang sekali berlaku kepada pesakit Appendiks. Bukan sahaja biji cili, makan apa-apa biji sekalipun boleh menjadi faktor terjadinya Appendiks tetapi itu sesuatu yang 'rare'.
Menurut 'thread' Twitternya, punca utama yang sering berlaku kepada pesakit ialah ketulan najis yang keras menutup lubang Appendiks tersebut dan kemudian dijangkiti kuman.
Apabila Appendiks sudah dijangkiti kuman, ia akan membengkak dan akhirnya berlaku peradangan terhadap organ tersebut. Selepas berlakunya peradangan akan menyebabkan pesakit terasa sakit di bahagian Appendiks mereka.
Berikut adalah penerangan penuh Dr Khairul menerusi laman Twitternya mengenai radang Appendiks. Semoga bermanfaat.
Makan pedas tak menyebabkan appendix— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Jika kata biji cili, well, it is not the main cause of appendix, it may happen but REALLY RARE. Bukan hanya biji cili, tetapi apa2 biji yg dimakan, but RARE.
Kalau ada gastrik, bila tengah sakit gastrik tu, kita saran elak dulu mkn pedas https://t.co/16vq87gF0v
Penyebab yang paling biasa appendicitis (radang appendix) adalah ketulan najis yang keras masuk/menutupi lubang appendix tersebut.— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Lepas itu ia mula terkena jangkitan kuman, mula membengkak dan akhirnya terjadilah peradangan.
Bila meradang sebab tu lah sakit.
Yang kita takut dengan appendicitis ni adalah, jika kita tidak rawat dgn cepat, appendix yg meradang tadi akan semakin membengkak dan akhirnya pecah.— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Komplikasinya, jangkitan kuman akan merebak ke bahagian perut (peritonitis), jika lambat lagi kuman masuk ke dlm darah (sepsis)
Bila kuman masuk dalam darah (sepsis), sudah agak susah nak rawat, dan jangkitan yang teruk ini boleh membawa kepada kematian.— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Oleh kerana itu, satu-satu nya cara untuk merawat pesakit yang disyaki dengan cukup kuat/confirm ada appendicitis (radang appendix) adalah dengan pembedahan.— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Kita perlu buang appendix yang meradang secepatnya sebelum ia menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.
Ada kriterianya yang kami guna utk bantu membuat diagnosis, tapi secara umumya pesakit akan demam, sakit di bahagian right iliac fossa (bahagian kanan bawah perut)— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 2, 2018
Dan pemeriksaan fizikal lain utk menguat suspicion kami serta pemeriksaan darah, air kencing, ultrasound utk wanita
Semoga perkongsian dari Doktor Khairul Hafidz ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pesakit radang Appendiks untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik di hari-hari mendatang. - Siakapkeli.my
Sumber: Khairul Hafidz
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^