Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ikan Bilis Harga RM 2.24 Jadi RM 348 Masa Bayar,'' Itulah Pentingnya Semak Resit Kembali Selepas Buat Pembayaran

3 Jan 2018

Korang kalau keluar ke pasar basah ataupun pasar raya, mesti dah buat planning siap-siap kan apa yang nak di beli. Yelah takut ada yang tercicir, nanti nak kena pergi kedai yang sama dua tiga kali. Penat kan? Tapi pernah anda perasan tiap kali anda membeli barang berdasarkan list yang anda sendiri sediakan, harga barang yang perlu dibayar lebih mahal daipada apa yang anda jangkakan.

Kenapa ya? Itulah pentingnya untuk anda semak kembali list anda dengan resit pembayaran yang anda buat. Takut ada barang yang tak ada dalam list, ada dalam resit. Tak pasal-pasal anda kena keluarkan duit lebih untuk barang yang anda tak beli. Kalau sikit tak pelah, tapi kalau dah cecah ratusan ringgit, boleh 'demam'. Macam kisah yang dikongsikan oleh Nik Yam Chik Zainab ni.

Nak tahu kisahnya? Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Cerita hari ini.

Nasib menyebelahi. Habis je exam terus ke market untuk shopping barang dapur. Barang boleh katakan agak banyak dan kira-kira memang akan habis dalam RM 200+.

Dan bila sampai kat kaunter, akak tu bagitau total barang RM 586.75. Muka dengan penuh redha hulur RM 600 dengan berbaki RM 13.25.


Naik kereta terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang nak dibeli tak tercicir.

Pelik sebab datang dari mana barang yang boleh cecah sampai RM 600 tu. Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan takde.


Yang ada 'Silverside CTN' yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu. Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis.

Dan lihatlah apa yang saya dapat (refer gambar ke-3). Ikan bilis yang berharga RM 2.24 tiba-tiba jadi RM 348.


Turun kereta pegi balik kat kaunter dan bagitau yang dorang da silap kira. Dan Alhamdulillah, duit dapat balik.

Nak pesan je. Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu. Total barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli.

Dan moga ni kejadian yang terakhir. Ok, bye.

Sumber : Nik Yam Chik Zainab
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "