Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Rampas Hak Murid," Anak Yatim Ini Bersandar Makan Tepi Tiang, Kerusi Kantin Penuh Mak Ayah yang Duduk

3 Jan 2018
3 ulasan

Menyambut ketibaan tahun baru dua hari lepas, bermakna bermulalah musim persekolahan yang baru. Tambah-tambah buat ibu bapa yang punya anak yang bakal memasuki Tahun 1, memang keterujaan itu tidak dapat dibendung lagi.

Maka ramailah ibu bapa yang menghantar, menunggu dan menemani anak masing-masing di sekolah. Ada yang masuk ke kelas, menjenguk dari luar ataupun menyuap anak makan di kantin. Macam-macam ragam ada. Tapi pernah tak terfikir, ada tindakan kita tersebut sebenarnya melebihi batas, misalnya mengambil hak orang lain. Menggunkana kemudahan sekolah yang disediakan untuk murid semata-mata nak temankan anak. Pernah terfikir?

Macam kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, nampak macam biasa, tapi besar maknanya untuk orang lain. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah, semoga ia menjadi pengajaran untuk kita bersama.

Terlihat gambar pertama yang seorang sahabat share. Terus menyirap darah ke muka. Aku marah. Sangat! Banyak kali aku tulis hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.


JANGAN AMBIL HAK MURID!

Kerusi kantin itu hak murid. Tempat murid duduk untuk makan. Bukan untuk ibubapa duduk dan melayan anak-anak sendiri hingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes begini banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tidak pernah segan silu nak 'sound' ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara.

Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan. Memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa.

Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku 7 tahun dulu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu, hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya dah lama meninggal. Ibunya pula sakit (cancer) kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Mak saudaranya yang jaga budak itu.

Dan dihari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam ditepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk ditempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

Masa rehat tamat. Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan.


Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walau dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu.

Dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas. Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia siap, aku hantar dia ke kelas.

Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia. Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah. Waktu sesak, tak payah!

Kau lihat gambar terakhir . Itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. Tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas,

" Jangan sesekali duduk dikerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah."



Itu yang aku ungkap di Hari Orientasi beberapa hari lepas. Aku ulang berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.

Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak mereka membeli, mereka ajar anak mereka terima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasih sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah buat ibu bapa murid SK (1) Gombak atas kerjasama erat ini. Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Sumber : Mohd Fadli Salleh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. gambar sekolah yg berbeza ke ni..

    BalasPadam
  2. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  3. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "