Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kalau Tak Nak Jaga Cakap Je, Saya Boleh Humban Anak Ke Longkang Tu'' Pengasuh Berang Dengan Sikap Ibu Bapa Ini

15 Jan 2018
2 ulasan

Tuntutan hidup dengan keadaan ekonomi kini yang menekan memerlukan suami dan isteri bekerja setidaknya 8 jam sehari. Bagi yang mempunyai anak-anak, pengasuh menjadi pilihan utama untuk menjaga anak mereka.

Dengan bermacam kejadian buruk yang berlaku di rumah pengasuh sejak akhir-akhir ini pasti menjadikan anda lebih berwaspada. Namun itu tidak bermakna semua pengsuh itu jahat dan mendera anak asuhan mereka. Mendapat pengasuh yang baik dan menjaga anak-anak kita seperti anak sendiri, menjadi satu bonus kepada ibu bapa. Kadang-kala pengasuh pula diambil kesempatan oleh ibu-bapa apabila bersikap terlalu baik.

Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pembaca ini melalui Page Info Ibu Hamil di facebook, beliau meluahkan dilema dalam berhadapan dengan ibu-bapa yang mengabaikan anak sendiri. Sudahlah dibayar dengan upah yang sedikit, ibu-bapa ini bersikap lepas tangan dengan meminta pengasuh menyediakan semua keperluan anak mereka.

Jom kita baca perkongsian di bawah ini. Moga menjadi pengajaran buat ibu-bapa di luar sana agar tidak menjadikan pengasuh sebagai ''hamba''.


Assalamualaikum semua. Saya pengasuh bayi perempuan berusia 9 bulan yg parentsnya masing2 officer dibank. Saya tiada masalah dengann baby tu tapi saya pelik dengan parents yang macam tak sayangkan ank. Di sini saya senaraikan apa yang saya pelik :

Sejak sy jaga baby tu 6 bulan lepas, susu skit pun parents tak bekalkan. Hanya suruh sy bg air kosong saja. Sy ada anak 1years 7months tapi dia fully bf, so selama 3 bulan suami belikn baby tu susu murah je. Lepas baby tu dah 6 bulan, suami suruh sy berhenti beli susu bby sbb kami pn makan pagi kais pagi, makan petang kais petang tp sy tetap bersyukur kerana kami ckup makan pakai (untuk makluman parents baby hanya bayar rm200 shj sebulan).

Setiap kali hari isnin datang rumah sy mesti baby penuh daki di leher (sy pelik parents tak mandikan baby ke?) Setiap hari hantar pagi pada sy pampers penuh, baju petang semalam yg saya salinkan lepas mandi, anak mcm haus sgt. Apa dekat rumah parents ni abaikan baby ke?


Pampers n susu baby setiap kali ditanya mereka akn jawab “anak awk kn ada, kongsi lah “ . Untuk pengetahuan ank sy ada eczema, pampers yang kulit dia boleh terima hanya huggies pack hijau tu yg harga 40++ sepeket.. tak kan sy nk kena tanggung pampers ank dia skali kan? Sy bukan kedekut tp kami pn kesempitan jugak.. mereka gaji tinggi takkan pampers n susu pn minta kami sediakan.

Sabun mandi ank sy semuanya khas utk kulit eczema ( harga mmg mahal la kan) tapi disuruhnya ank dia kongsi pakai jugak dgn ank sy. Memang mengambil kesempatan sungguh walaupun byr 200 je stiap bulan. Sy tahan jaga ank dia sbb sy kesiankan bby tu. Apalah nasib baby tu kalau dia hantar ke pengasuh lain (yg selalu marah budak jika tak puas hati dgn parents). Baby tu pn setiap kali nk balik mesti nangis2 peluk sy (macam sy pulak mak kandung dia). Sy memang jaga baby tu sepenuh hati ikhlas bg kasih syg mcm ank sy sendiri tapi tulah perangai parents dia buat sy pelik. Bila bincang dia asyik ckp ''kalau tak nak jaga ckp je, dia boleh humban ank dia ke longkang tu''. Ya Allah, sy n suami tak sampai hati bila teringatkan budak tak berdosa tu sbb tu kami bertahan jaga bby tu smpai sekarang.

Nak kata takda duit, setiap hari ambil anak pkul 9 mlm. Katanya lepas ofis hour slalu pergi karaoke la, main bowling la dgn ofice mate. Allahuakbar dia tak kesian kat anak dia ke? Sy n suami stiap hari doa moga ank ni dh besar nnti jgn ada tekanan perasaan, kami sedaya upaya beri kasih syg yg ckup utk dia.

Pesan sy pada perents yg belum ada niat nk beranak tu, rancang la kehamilan ank ye. Kalau rasa tak puas enjoy please jgn beranak dlu, kesian la anak tu n kesian la kami yg mengasuh ank awk tu.. tanggungjawab kita sebagai parents ni besar tau. Didikan kita sebagai parents ni penting utk tumbesaran anak.

Sekarang nasib baik baby dah 9 bulan so apa sy bagi anak sy mkn, bby dia pn boleh mkn tapi sy kesian sgt bila anak sy tgh bf dgn sy, baby dia tengok je.. nak bf kn ank org sy takut sbb baby tu perempuan,aank sy lelaki. Nak belikan susu, suami pn kerja ckup2 makan pakai kami je..apampers pn suami yg sedia utk baby tu yg murah je sebab takkan sy nk bg pkai pampers ank yg boleh tahan mahal tu (utk org mcm sy mmg akn rasa pampers huggies pack hijau tu mahal) . Kiranya makan minum, pampers, barang mandian semua sy sediakan and dibayar 200 je sebulan. Apa kedekut atau parents dia tak tau tanggungjawab? Hmmm buntu sy dibuatnya.. taknak jaga bby tu sy kesian kan nasib dia je sebab sy dah jaga dia selama 6 bulan dari habis pantang lagi..


Sumber : Info Ibu Hamil
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "