Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Padah Terbentes Kaki Pengadil, Pemain Ini Dilayangkan Kad Kuning Kedua Sebelum Dibuang Padang

15 Jan 2018

15 Jan - Seorang pengadil dari Perancis, telah melayangkan kad merah kepada seorang pemain selepas pemain itu secara tidak sengaja membentes kakinya di dalam satu perlawanan Ligue 1 diantara FC Nantes menentang Paris Saint-Germain (PSG).

Pengadil, Tony Chapron telah bertindak melayangkan kad kuning kedua sebelum memberikan kad merah kepada pemain FC Nantes, Diego Carlos Santos Silva.


Insiden yang berlaku pada minit ke 90 perlawanan itu telah menyebabkan FC Nantes terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dalam baki perlawanan yang tinggal bebeapa minit sebelum tamat.

Di dalam video yang dimuat naik oleh sebuah saluran di Youtube, The Final Whistle, menunjukkan Carlos secara tidak sengaja membentes kaki Tony dan pengadil dari Perancis itu bertindak spontan dengan cuba menyepak semula kaki pemain tersebut. 


Para pemain FC Nantes cuba membantah keputusan Tony Chapron yang melayangkan kad merah kepada Carlos atas insiden itu. Namun, keputusan pengadil tersebut muktamad dan tidak berubah sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, dalam perlawanan tersebut PSG mendahului FC Nantes hasil jaringan pemain sayapnya, Angel Di maria pada minit ke 12 perlawanan dan menyaksikan PSG berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan tipis tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "