Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Sebuah Kereta Terhumban Dalam Tanah Runtuh Di Mersing

15 Jan 2018


Tanah runtuh di Kilometer 16, Jalan Jemaluang - Mersing telah mengakibatkan jalan raya itu ditutup kerana kerosakan yang besar dan tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan.

Menurut Ketua Polis Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata runtuhan itu membabitkan keluasan sebesar 70 meter dengan ketinggian cerun 15 meter. - Harian Metro

“Kita menerima panggilan orang awam mengenai tanah runtuh pada 2.30 pagi.


“Hasil pemeriksaan, laluan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan sama ada ringan atau berat.

“Sehubungan itu, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau menambah, ketika kejadian berlaku terdapat sebuah kereta pacuan empat roda telah terhumban jatuh kedalam runtuhan namun pemandu dan penumpang cedera serta telah dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.

Cyril berkata, orang ramai yang ingin ke Johor Bahru atau Mersing boleh melalui Jalan Nlitar - Jemaluang sebagai laluan alternatif.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "