Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pakai Dekat Muka Tapi Boleh Rosak Buah Pinggang", Bahana Merkuri Dalam Produk Kosmetik Ramai Orang Pandang Ringan

15 Jan 2018








Tular tahun lepas apabila segelintir peniaga dalam talian menjual krim kecantikan secara kilo atau
pukal.  Krim kecantikan itu dijual mengikut jenis kegunaan dan ramuannya seperti krim botox, losyen kurus sejuk, krim temulawak dan beberapa lagi jenis ramuan yang boleh dipilih mengikut kegunaan yang anda inginkan.

Ciri-ciri krim ini dilihat mempunyai bau yang agak menyengat, ala-ala bau logam kerana kandungan merkurinya yang sangat tinggi.  Bahaya krim ini bukan sahaja keatas kulit muka malah mampu merosakkan buah pinggang.  Orang ramai khususnya para wanita sudah maklum tentang hal ini namun ada dikalangan mereka yang masih ingin mengambil risiko untuk kelihatan cantik secara 'instant' tanpa mempedulikan kesan yang bakal ditanggung.

Doktor Khairul Yoi melalui akaun Facebooknya berkongsi teknik mudah untuk mengesan produk yang digelar produk sampah serta kesan produk ini terhadap tubuh badan kita.  Mari hadam perkongsian daripada beliau.

Penat ah nak jawab soalan "yoi produk ni kilo tak, yoi produk ni slamat tak, yoi bla bla bla tak, yoi single tak, eh."

Sini aku ajar teknik mudah nak kesan produk sampah.

1) Kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pon memana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecik2, warna warni di aidilfitri, itu la produk sampah.



2) Kau cari founder dia. Tengok latar blakang. Kalau takde background medic atau chemist, spm blom habis, atau pesen blajar tak tinggi mana, pendek kata b***h la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.



3) Kau tengok ada jual kat drugstores tak. Kalau takde, sampah!

4) Benda ni paling senang detect. Tengok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!



5) Ada KKM tak bermakna selamat. Aku dah pernah citer pasal kkm sebelum ni. Apatah lagi yang takde kkm. Lagi la sampah!



6) Tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!




7) Bau. Bau wangi macam letak perfume. Sebab nak hilangkan bau mercury.



8 ) Tekstur. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama2, bekas krim akan jadi hitam.

9) Sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap "aku pakai elok je". Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau. Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. Kedua, lepas berhenti baru barai. Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow2. Ada mangkuk hayun tanya "pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Takde kena mengena!" Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit smpai ke dalam saluran darah, darah dibawak ke buah pinggang utk tapis. Takdenya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow2 hantuk kepala kat dinding.



10) Overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dah naik urat hijau, bla bla bla. Sama mcm supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!



I've done my part. The choice is yours!

Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Khairul Yoi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "