Hargai isteri anda selagi hayat masih ada. Ayat biasa yang selalu kita dengar, tapi berapa ramai lelaki yang benar-benar menghargai isteri? Bukan sahaja dari bentuk material atau wang ringgit, tapi penghargaan itu juga dari segi percakapan atau perbuatan seorang suami terhadap isteri.
Cuba anda semak semula sikap anda pada isteri, adakah perbuatan anda selama ini menunjukkan anda sebagai suami yang menghargai isteri atau sebaliknya.
Mendapat lebih dari 5 ribu perkongsian dalam beberapa jam, kisah yang penulis ingin kongsikan ini dipetik dari facebook Al Irfan Jani melalui pengalamannya sendiri.
Tidak patut seorang suami berkelakuan sedemikian, ditambah pula dengan keadaan isterinya yang baru sahaja melahirkan anak mereka. Nampak remeh, tapi sebenarnya dalam kes ini sangat penting mengambil berat akan keadaan isteri yang telah berkorban nyawa melahirkan zuriat.
Jom kita baca perkongsian di bawah ini. Mungkin boleh dijadikan ikhtibar buat lelaki di luar sana agar lebih menghargai isteri anda !
Sewaktu mengiring isteriku keluar dari wad bersalin bersama bayinya, kami ditemani Abah dan ibuku Ama. Sambil menunggu di salah satu dari empat pintu lif, di belakang kami, datang seorang suami bersama isterinya.
Si isteri itu mengendong bayi yang baru dilahirkan. Perlahan-lahan si ibu ni menyusun langkah. Sesekali berhenti sebentar mencuri nafas.
Aduhai, bagaimana tidak aku merasa janggal sekali? Sedang aku pulak sedang menyorong kerusi roda isteriku dengan anak baru kami di pangkunya. Kasihannya kami pada si ibu ini.

Bersama kami menunggu lif, seorang lelaki bertaraf pakcik bagiku, tiba-tiba menegur tiga beranak ini. "Eh.... kenapa awak berjalan kaki ni? Kan ada kerusi roda? Jauh ni..."
Ama yang baru perasan turut menoleh, "Ha, ah. Awak (si suami) boleh turun ke tingkat bawah, tinggalkan IC/Lesen, dan ambilkan kerusi roda di kaunter untuk isteri. Isteri tinggal kejap duduk di sini."
Sang ibu cuma tersenyum kelat. Jelas raut wajahnya tidak bermaya, letih melahirkan pun masih tersisa lagi. Suaminya menjawab, "Tak apa, kuat lagi ni."
Mendengar itu, entah kenapa ibuku begitu 'fighter' sekali... "Ehhh... Janganlah cakap macam tu. Yang kuat tu awak. Kesian dia (isteri) ni, penat bersalin tadi."
"Tak apa, ok lagi ni. Dekat je depan tu," si suami menyambut lagi. Bertambah geram lagi kami bila mendapat respon begitu.
Pakcik tadi sedikit tinggi suaranya, "EH JAUHHH... JAUHH tau nak ke pintu bawah sana. Memang dekat bagi awak. Jauh bagi isteri tu..."
Si suami dengan senyum paksa, "Ok je ni, takpe." Isteri di belakangnya masih senyum kelat dari tadi.
Aku yang turut 'mendidih' ni, tiba-tiba nak join sekali, "Tengah hujan ni, bang. Jalan licin tau, bahayaa..."
Mungkin perasan situasi ini semakin 'tegang', Abah aku cepat-cepat menyelit, "Dah, dah, takpe. Dah orangnya taknak. Biarlaaa..."
Sekonyong-konyong sepi terus suasana. Selang beberapa saat, pintu lif pun terbuka. Lalu semua orang pun masuk, membawa sepi bersama.
Phew, walau macam mana pun, kita kena berterima kasih pada Abah. Entah tak tau jadi apa kalau dibiar tegang suasana tadi. Betutllah kata Abah, itu adalah pilihan dia. Mungkin amat biasa bagi sesetengah orang, untuk memilih jalan payah dalam hidupnya.
Aku sebagai suami, sejujurnya, faham benar kenapa lelaki itu tidak mengambil kerusi roda demi isterinya. Kerana, aku yang lelaki pun TERCUNGAP-CUNGAP weh nak ambik kerusi roda tu.
Diulangi, aku ni lelaki tau. Lelaki yang tidak lalui TIGA ZAMAN INI:

1) YANG TIDAK rasai loya muntah sakit kaki silang urat sembilan purnama macam perempuan masa mengandung.
2) YANG TIDAK bertarung curi-curi nafas atau dipotong dijahit pada tubuh demi lahirkan nyawa baru bagai ibu yang melahirkan.
3) YANG TIDAK berhencut-hencut menyusui anak ikat perut jaga makan minum tenaga seperti ibu lalui detik-detik berpantangnya.
Aku ni lelaki tau, YANG TIDAK lalui ketiga-tiga zaman ini, PUN BOLEH TERCUNGAP-CUNGAP nak pergi ambil kerusi roda ni dari tingkat bawah nak bawa naik ke atas?
Ambil kerusi roda tau, benda beroda tu. Aku tak kena pikul pun kat bahu. Pun boleh tercungap-cungap?
Ko ghase? Beza tak tercungap-cungap tu, dengan TIGA ZAMAN tu?

Sumber : Al Irfan Jani
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :)