Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dah Besar Nanti Kami Nak Jadi Cikgu," Kembar Seiras Curi Tumpuan Hari Pertama Persekolahan

2 Jan 2018
2 ulasan

2 Jan - Sepasang kembar perempuan mencuri tumpuan pada hari pertama sesi persekolahan bagi pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor semalam.

Pasangan kembar seiras. Puteri Qistina Damia dan Puteri Qistina Najwa Mohd Hairi, 7, telah ditempatkan di dalam kelas yang sama dan sentiasa bersama sejak sesi bermula.

Puteri Qistina Najwa yang lebih petah bercerita berkata, dia begitu gembira memulakan sesi persekolahan bersama kakaknya.

Saya dan kakak bangun awal pada jam 6 pagi untuk ke sekolah hari ini dan perasaan kami sangat seronok dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru serta cikgu baru," katanya.


Dia juga berkata, dia dan kakaknya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka menjadi guru bila sudah berjaya nanti.

Sementara itu, Guru Besar SK BBU 2, Zulkifly Ahmad berkata, pada tahun ini pihaknya menerima 195 pelajar tahun satu bagi sesi persekolahan 2018.

Katanya, semua murid tahun satu diletakkan di kantin dalam tempoh seminggu sebagai orientasi sebelum masuk ke kelas masing-masing.

“Alhamdulillah, ini kali terakhir saya menerima pelajar tahun satu kerana selepas ini saya bersara. Saya berharap semua pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "