Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suruh Netizen Tunggu 'Kejutan' Pada 31 Disember, Tapi 'Kejutan' Safiey Illias Itu Undang Lebih Banyak Pertanyaan Netizen

1 Jan 2018

Siapa yang tak kenal dengan Safiey Illias kan? Usahawan komestik muda yang kisah hidupnya sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Suatu ketika, perkhabaran bahawa dia ingin kembali ke pangkal jalan setelah sekian lama memilih jalan untuk hidup sebagai 'mak nyah' nyata mendapat sokongan ramai.

Namun semuanya tidak kekal lama, berikutan tularnya beberapa gambarnya sebelum ini, termasuklah bersama 'teman lelakinya', netizen kembali berspekulasi bahawa Safiey sudah kembali ke kehidupannya. Dan satu lagi, jika anda adalah pengikut setianya di akaun Instagram, anda pasti pernah perasan dengan satu ayat yang sering sering menjadi caption kepad gambar yang dimuat naik olehnya, ''Tunggu 31 Dec''.



Jadi, ada apa dengan 31 Dec? Yalah, sekian lama menunggu pasti kita mahukan jawapan daripada Safiey. Ada yang membuat pelbagai andaian, ada yang kata itu semua hanyalah lakonan, tapi tak kurang juga ada yang menanti kehadiran tarikh tersebut dengan doa agar Safiey kembali istiqomah dengan azamnya sebelum ini.

Setelah tahun baru menyusul, tarikh 1 Januari menjengah, rata-rata pengikutnya mula memerhatikan secara dekat akaun Instagramnya kerana mahu tahu apakah pengumuman yang bakal dibuat Safiey? Ada apa dengan 31 Disember?

Rupa-rupanya, Safiey hanya mahu menyah aktifkan akaunnya sahaja. Tiada apa-apa pengumuman yang dibuat dan tindakan tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang menjadi pengikutnnya. Rata-rata merasa kecewa dengan tindakan Safiey yang menutup akaun tersebut tanpa memberi sebarang jawapan setelah sekian lama meminta pengikutnya menunggu sehingga 31 Disember.

''Mana kejutan 31 Dec, dok tunggu dari pagi tadi lagi haa,'' tanya salah seorang netizen.

''Hari ni dah 31, aku tertunggu-tunggu ni,'' kata seorang lagi.

''Kita dah kena tipu dengan 31 haribulan, dia dah deactivate ig dah pun,'' komen netizen yang lain pula.

Namun ada juga dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan Safiey.

"Good luck Safiey,'' doa seorang pengikutnya.

''Get well soon,'' seorang lagi pengikutnya mendoakan kesihatan Safiey.








Sumber : Kaki Share

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "