18 Jan - Hati ibu mana yang tidak sedih bila melihat anak yang kurang sihat dan tidak menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Memang sukar untuk anda selami hati dan naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anaknya dan melihat anaknya berjaya suatu hari nanti.
Tidak mustahil untuk seorang anak yang menghidap autisme untuk menggapai kejayaan seperti orang lain. Seperti artikel yang pernah penulis siarkan di Siakap Keli tentang seorang anak autisme kini beliau telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.
Ketabahan dan kesabaran adalah kunci utama bagi sepasang ibu bapa menjaga anak autisme ini. Seperti apa yang dialami oleh seorang ibu ini yang terpaksa menolak semua perasan sedih dan berdiri dengan ketabahan yang tinggi untuk memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya yang menghidap autisme.
Beliau yang dikenali sebagai Mak Jemah, menulis luahan hatinya di Facebook dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada para ibu yang turut memiliki anak istimewa ini.
Menurut ibu kepada adik Mohamad Tajun Mikael, tidak tahu bagaimanahancurnya hati seorang ibu apabila melihat anak orang lain yang sudah mampu bercakap tetapi anaknya masih diam membisu.
Pedih hatinya sebagai ibu apabila melihat anak-anak lain memanggil ibu masing-masing. Namun, adik Mikael tidak mampu memanggilnya umi.
Mikael juga dikatakan sering mengibas-ngibaskan tangannya ketika di hadapan televisyen. Selain itu, Mikael tiba-tiba akan menangis dan ketawa tanpa sebab.
Mikael juga dikatakan juga pernah menangis sambil menghantukkan kepalanya di lantai dan berlari menghempaskan dirinya ke dinding secara tiba-tiba.
Pada satu ketika, dia pernah menggigit bahu ayahnya sehingga lebam kerana tidak dapat yang dia mahukan. Mikael juga sering berjalan sambil menjengketkan kakinya.
Menangis hati kecil seorang ibu ini, apabila melihat gambar anaknya ketika ingin memohon kad OKU. Ketika makan pula Mikael pernah melumurkan makanan ke atas kepalanya sendiri. Namun, aksi Mikael mengangkat kaki ke arah ibunya tanda menyuruh ibunya membuka kasut kadang-kala mencuit hati ibunya yang cekal itu.
Jom ikuti luahan hati seorang ibu yang penuh dengan sikap kesabaran demi memberikan yang terbaik buat anaknya, adik Mohamad Tajun Mikael. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca.
Untuk sekali lagi yang ingin tahu apa yang terbuku dalam hati seorang ibu kepada anak autism..
Kau tidak tahu bagaimana rasa hancurnya hati seorang ibu apabila melihatkan anak orang lain petah bercakap, tetapi anak kau hanya diam membisu, menyendiri dgn dunia khayalan sendiri..
Kau tidak tahu rasa pedihnya hati mengharap dia memanggil umi sedangkan anak orang lain lunak bersuara memanggil ibu masing2.
Kau tidak tahu rasa pedihnya hati ini tatkala kau melihat anak orang lain sedang gembira berlari-lari, tetapi anak kau duduk sendiri yang tidak tahu erti berkawan.
Kau tidak tahu rasanya kesedihan yang aku tanggung apabila melihatkan anakku sedang berdiri sendirian di hadapan tv sambil mengibas-ngibaskan tangannya,kadang kala tiba2 menangis kadang kala ketawa entah kenapa.
Sedang kanak-kanak sebayanya sedang gembira bermain dan mengerti apa yg berlaku sekelilingnya.
Sehingga kini dia masih menarik tangan aku jika inginkan susu,makan dan sesuatu.
Aku pernah melihat anakku menangis sambil dia menghantukkan kepalanya di lantai dan berlari menghempaskan diri di dinding secara tiba2.
Aku pernah melihat anakku berjalan pelik dengan menjengketkan kaki. Aku pernah melihat anakku ketawa tanpa ada apa yang melucukan hatinya. Aku pernah melihat anak ku mengigit bahu suami ku hingga biru tidak memdapat seauatu keinginan nya.
Aku pernah melihat anakku berpusing-pusing tanpa arah tujuan. Sehingga kini, setiap hari aku melihat anakku menutup telinganya tatkala mendengar bunyi bising tanda dia rimas. Sehingga kini, aku berdepan dengan mood dirinya yang berubah-ubah.
Aku pernah melihat anakku menangis sambil dia menghantukkan kepalanya di lantai dan berlari menghempaskan diri di dinding secara tiba2.
Aku pernah melihat anakku berjalan pelik dengan menjengketkan kaki. Aku pernah melihat anakku ketawa tanpa ada apa yang melucukan hatinya. Aku pernah melihat anak ku mengigit bahu suami ku hingga biru tidak memdapat seauatu keinginan nya.
Aku pernah melihat anakku berpusing-pusing tanpa arah tujuan. Sehingga kini, setiap hari aku melihat anakku menutup telinganya tatkala mendengar bunyi bising tanda dia rimas. Sehingga kini, aku berdepan dengan mood dirinya yang berubah-ubah.
Kadangkala perlu ditarik dan didukung ketika dalam keramaian orang. Terkadang dia meraung di kedai makan tidak mahu duduk dan suka melihat suami aku makan berdiri.
Terkadang dia menyapu makanan yang dihidangkan ke kepalanya. Terkadang terpaksa bersengkang mata hingga 3 pagi menunggu dia mengantuk.
Aku menangis bila melihat gambarnya untuk memohon kad OKU. Aku tertawa melihat dia mengangkat kakinya ke muka aku tanda ingin membuka kasut nya.
Aku bersyukur ada insan lain sanggup sayang, ikhlas dan menjaga dia tatkala aku sibuk mencari rezeki.
Aku pernah terlepas pandang, sekali ku pusing anakku hilang. Anakku pada ketika itu, tidak mampu bercakap walau usianya sudah 2 tahun 8bulan.
Aku pernah terlepas pandang, sekali ku pusing anakku hilang. Anakku pada ketika itu, tidak mampu bercakap walau usianya sudah 2 tahun 8bulan.
Kau tahu betapa gelapnya hidup aku ketika itu. Mujurlah Allah beri "pengajaran" supaya selepas ini aku tidak lagi alpa mata. Dengan pantas mencari cermin kerana aku tahu dia pasti sedang bermain dgn bayangan dirinya dicermin. Mungkin ini teguran dari Allah supaya aku tidak leka.
Berilah aku peluang untuk bergembira dengan anakku. Berilah aku peluang untuk "memperkenalkan" anakku. Aku berkongsi, bukannya tandanya hendak membangga diri.
Berilah aku peluang untuk bergembira dengan anakku. Berilah aku peluang untuk "memperkenalkan" anakku. Aku berkongsi, bukannya tandanya hendak membangga diri.
Aku ingin beri inspirasi kepada semua Ingin juga memadam lara di hati ini..sedangkan diluaran aku masih tersenyum gembira. Aku yakin kelebihan ini adalah "hadiah" dari Yang Maha Esa.
Siakapkeli.my
Siakapkeli.my
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe