27 Dis - Pelakon yang penuh kontroversi ketika ini, Iqram Dinzly menganggap ada pihak yang dengki dan iri hati terhadapnya dan membuatkan aplikasi Live Video (LV) di Instagramnya disekat.
“Saya yakin, ada menyimpan hasad dengki dan melaporkan mengenai video-video ‘live’ saya sebelum ini sekaligus membuatkan Instagram menyekat aplikasi LV di Instagram saya,” katanya kepada Harian Metro.
Dia juga memaklumkan bahawa laman Instagram miliknya masih lagi boleh digunakan seperti biasa.
“Untuk memuat naik gambar dan Instagram Stories di Instagram saya tak ada masalah. Saya sedar LV saya disekat sejak tiga hari lalu dan hari ini, saya sekali lagi cuba merakam video, tapi tak berjaya,” katanya.
Dia juga tidak mahu menuduh sesiapa dan beranggapan apa yang berlaku adalah cabaran baru buat dirinya.
“Saya tak menuduh sesiapa dan anggap ini sebagai cabaran untuk saya teruskan perjuangan saya dengan WAR369. WAR369 adalah perjuangan saya dalam memartabatkan warisan seni, budaya dan adat resam. Apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk melihat mentaliti masyarakat kita hari ini,” katanya.
Beliau juga diminta mengulas mengenai komen pelakon Erma Fatima yang menyokong setiap apa yang dilakukan Iqram di Instagramnya, ini jawapan beliau.
“Syukur alhamdulillah. Saya anggap itu sebagai rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah SWT,” katanya.
Sebelum ini, Iqram Dinzly mengalami perubahan sikap yang drastik. Dia juga sering berkelakuan pelik jika muncul melalui aplikasi Live Video Instagram beliau. Netizen juga turut memberi pandangan masing-masing dan Iqram menganggap semua itu cabaran baru dalam hidupnya.
Sumber: Harian Metro

Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**