Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hidup Mewah Kutip Kobis Dapat 11K Di Korea, Betul Ker?

28 Dis 2017
4 ulasan

Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan pulangan hingga RM 11k sebulan. Perkongsiannya tersebut nyata mendapat respon positif daripada orang ramai yang memuji tekadnya berhijrah selain ada juga yang ingin mengikut jejak langkah dia bekerja di Korea Selatan.

Namun baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jebat Setia telah berkongsi satu kisah yang mendakwa bahawa lelaki yang tular di dalam video tersebut adalah seorang agen pekerja yang menipu orang ramai. Lelaki tersebut juga mendakwa bahawa dia adalah salah seorang mangsa penipuan agen tersebut.

Malah, dia juga mendakwa bahawa agen tersebut sebelum ini pernah menipu ramai rakyat Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan yang selesa di Australia, sebelum beralih ke Korea Selatan selepas namanya mula hangat diperkatankan dalam kalangan pekerja rakyat Malaysia di Australia. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

**** ***** A.K.A PEMETIK ANGUR DAN KOBES

1-AUSTRALIA

2-KOREA

Topik hangat di media social sekarang pemetik kobes bergaji RM 11k sebulan? Sembang? Realiti atau fantasi?

Terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa **** *****. Dia ni seorang backpakers yang merantau ke bumi kangaroo @ Australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm, dalam keadaan yang tidak boleh bekerja A*** ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yangg acah-acah gangster. 

Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa-mangsa beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti Shepperton, Robbinvale, Mildura, Nyah dan banyak lagi.

Rangkaian penipuan **** ni terdiri dari ****,kakak dia (***** ) serta beberapa lagi agent dibawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yang dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut adalah kenyataan yang dijanjikan oleh **** dan sekutunya sebelum kami berangakat ke OZ :


1. Kediaman yang selesa (rumah).

2. Tiada caj pengangkutan kerja.

3. Tiada potongan gaji ( bermaksud gaji direct).

4. Ticket flight pergi dan balik.

5. Gaji yang lumayan RM 10k sebulan.

6. Bekerja direct dibawah syarikat farm tersebut.

7. Jika ada apa-apa masalah akan diselesaikan dengan segera.

8. Bekerja secara berterusan mengikut musim.

Setelah sampai apa yang di janjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir, kami ditempat kan dikawasan pendalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau.


Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan. Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji-janji ****. Malahan ada diantara orang perantaraan **** di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang.

Gaji kami diambil percent oleh tuan penasihat ****. Secara jujurnya **** ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggung jawab langsung. Dia buat dia lepas tangan sehinggakan batch sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut. Kehidupan kami menjalani hari-hari bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan.

Selama 3 bulan kami bertahan kami sebelum minta ditukarkan ke farm yang ada berdekatan bandar Mildura. Di farm yang ke dua (redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup-cukup 350$/week . Sewa rumah pulak 120$/week, caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayang kan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum? Lama kelamaan **** ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh-puluh group, beratus orang yang dia hantar terkandas di daerah New Souths Wale. Ramai yang tak puas hati dengan ****.

**** mendiamkan diri. Call tak angakat. Whatsapp senyap. Aku pun apa lagi dengan duit-duit yang batch kami kumpul, Hassan Hussin, Muhammad, Farid, dan Amirul Hafiz kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu ****, Muiz, Rahman, Saiful dan Din untuk melarikan diri ke Brisbane, Queensland dengan bus dan train. Dalam keadaan sejuk, 8 kami bersembunyi di belakang station bus usang selama 10 jam kami tidur dalam keadaan sejuk beku.

Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah? Mana kami mampu! Dengan pelbagai message ugutan diterima ke telephone masing-masing. Tak kan kami nk bertahan kalau keje pun gaji kene makab? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si **** ni.

Khairil Shah Ezyyohana Yakob antara batch aku yang tak balik lagi sampi sekarang. Bila semua batch yang **** hantar memberontak di OZ nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch-batch yang dia dah hantar, masing-masing tunggu **** datang, aku ingat kalau dia datang memang dah lama arwah, malah ada juga yang sempat kejar si bangsat ni.

Tapi bangsat ni licik dia ada keret kami cuma ada kaki! Bila dah line panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBES 11K iaitu Korea. Ala yang haritu ada permpuan nangis sambil baca sajak kat Kuala Lumpur tu, taktik yang sama **** guna untuk menarik perhatian mangsa-mangsa. Tabur janji-janji manis. Korang ingat korang mampu ke dapat 11k? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si **** bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar?


Kejadah apa hidup keje makan hasil makab gaji orang, menipu mangsa yang betul-betul perlukan duit dengan dikaburi janji janji si **** 11k. Korang tau tak ada diantara batch kami yang jual tanah, jual motor, jual kereta,tinggal anak bini . Begolok gadai semata-mata termakan janji **** ni. Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa! Korang mana yang pandai berkata-kata lain kali siasat dulu latar belakang penyangak ni. Dia duduk senang-senang kat Malaysia pakai kereta mewah. Pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami.

Duit tambang yang diminta dalam anggaran 4k-5k! Ticket flight pergi baru RM 700 dan ticket balik dia bagi ticket palsu. Korang bayang kan berape banyak hanat ni dan kroni-kroni dia untung? Kalau 10 orang? Kalau 100 orang? Kira la dah berapa? Korang nilai sendiri la wajar kah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya??

Lama kami perhatikan kau. Ingtkan kau dah insaf. Tak apa kau dah puas telan manis. Kali ni kami kasi kau cuti lama-lama. Apa kau main ugut-ugut kau samseng kampung dusun? Malaysia ada undang-undang, hari ni aku kasi kau famous anak branak.

Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar. Tarik nafas dalam-dalam lepas ni kau da duduk dalam. Semua bukti-bukti kami simpan. Semua mangsa-mangsa aku dah kumpulkan. Kalau aku tak buat macam ni makin ramai orang kau tipu. Nak kaya keja guna kudrat sendiri. Bukan dengan cara jual orang.









Sumber : Jebat Setia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "