Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Cara Mudah Cipta Sendiri Pencen Bulanan RM9,000 Bila Bersara Nanti

20 Dis 2017
3 ulasan

Ramai orang yang mengambil mudah mengenai pencen, terutama golongan muda. Jika anda penjawat awam, itu tidak menjadi masalah kerana anda mempunyai pencen apabila sudah tamat berkhidmat. Tapi bagaimana dengan pekerja swasta?

Buat pekerja swasta anda tidak perlu risau, kerana Harith Faisal telah berkongsi bagaimana cara membuat pencen sendiri. Menurut perkongsian ini anda mampu mencipta pendapatan sebanyak RM9,000 sebulan apabila pencen nanti.


Si A berminat nak beli sebiji rumah ni. Maklumat rumah yang nak dibeli seperti yang tertera kat bawah ni :

Current Market Price: RM220,000
Financing Amount: RM200,000
Financing Tenor: 35 years
Bank Profit Rate: 4.5%
Monthly Instalment: RM947
Current Monthly Rental: RM1,100
Maintenance Fee: RM100
Current Cashflow: RM54

Katakan sekarang umur kau 25 tahun dan kau beli rumah yang berharga RM220,000 macam yang kat atas tu. Saya cuma nak tunjukkan apa akan jadi kat rumah tu selepas 25 tahun. Pada masa tu, umur kau dah 50 tahun.

Katakan pulak, Anggaran Kadar Penghargaan Tahunan (Esimated Annual Appreciation Rate) dan Kadar Penghargaan Tahunan (Annual Rental Appreciation) seperti berikut :

Estimated Annual Appreciation Rate: 5%
Annual Rental Appreciation Rate: 3%

Korang boleh rujuk purata kenaikan harga hartanah dalam Malaysia untuk tahun 1990 hingga 2016 kat bawah ni :


Saya ada kongsikan purata kenaikan harga hartanah Malaysia untuk tahun 1990-2016 dalam channel telegram rasmi saya.

Outstanding Liability: RM90,700
Portfolio Value: RM745,000
Net Worth: RM654,300
Monthly Rental Income: RM2,303
Monthly Cashflow: RM1,357

1. Kalau tak nak jual hartanah ni, kau masih kena bayar ansuran kat bank dan dapat RM1,357 cashflow positif setiap bulan.

2. Kalau kau setelkan outstanding liability RM90,700 tu, kau dapat kutipan sewa penuh sebanyak RM2,303 setiap bulan.

3. Kalau kau jual hartanah ni, kau dapat tunai RM654,300. Letak kat Tabung Haji dan nikmati bonus 4.25% setahun iaitu RM27,800 bersamaan RM2,316 sebulan.

Jadi, inilah dia tiga pilihan asas yang kau boleh pilih untuk kau laksanakan dengan hartanah yang kau beli tu selepas 25 tahun.

Yang pilihan ketiga tu macam best, kan. Tak payah urus penyewa tapi dapat juga pendapatan pasif dengan bonus tahunan.

Tak cukup pencen dengan RM2,316 sebulan? Kau belilah 4 hartanah yang lebih kurang sama potensinya dengan apa yang saya tunjukkan.

Suami beli 2 biji rumah, isteri beli 2 biji rumah. Dua-dua kena ada kesedaran dan ilmu. Ajak pasangan kau baca artikel ni sekali.

Selepas 25 tahun, jual semua 4 rumah, kau akan dapat tunai RM654,300 x 4 = RM2,617,200. Letak semua dalam Tabung Haji.

Bonus tahunan kau dapat RM27,800 x 4 = RM111,200 bersamaan RM9,266 sebulan. Cukup ke tak untuk kau pencen?

Sekadar berangan. Berangan tu kan percuma. Haha! Daripada berangan, kalau kita usahakan jadi realiti, kita akan rasa manisnya nanti.

Sumber - Harith Faisal
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "