Difahamkan, ratusan sisa kayu balak tersadai di atas jalan sehingga sejauh hampir 100 meter.
Penduduk Abdul Mutalip Jaluddin, 49, berkata kejadian itu disifatkan antara yang terburuk apabila gelombang kuat bermula 8 malam semalam sebelum air melimpah ke jalan.
"Ketika kejadian saya sedang menunggu kepulangan perahu dari laut di kawasan pasar ini. Banyak kelengkapan memukat rosak dan dihanyutkan gelombang kuat," katanya
Menurut beliau lagi, apabila melihat gelombang semakin kuat, dia dan nelayan lain bertindak segera memindahkan perahu ke tengah jalan bagi mengelak dihayun ombak.
"Sekurang-kurangnya 10 perahu sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-laga sekiranya berlaku gelombang kedua," katanya ketika ditemui di pasar Batu Satu, Kuala Baram, Miri, hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Law Poh Kiong berkata, antara kawasan lain yang terjejas adalah di Kampung Wireless dan Kampung Pujut Tanjung Batu.
Menurutnya, seramai 10 penduduk daripada dua keluarga di Kampung Wireless turut dipindahkan sementara waktu ke Balai Bomba dan Penyelamat Miri, malam tadi.
“Bagaimanapun, semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 4 pagi tadi," katanya.
Sumber: Harian Metro
Daftar sekarang dan pasang jagoammu
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*