''Jeneral Prawit Perlu Selesai Sendiri Kontroversi Jam Mewah''- PM Thailand
Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha hari ini berkata bahawa kontroversi yang melanda Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan sendiri antara Jeneral Prawit dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).
Ujar beliau, tiada siapa pun yang dapat melindungi Jeneral Prawit dan beliau harus tampil mempertahan dirinya sendiri.
Jeneral Prayut mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengulas mengenai desakan yang dibuat oleh Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) agar beliau menggantung tugas Jeneral Prawit buat sementara waktu, yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang didakwa gagal mengisytiharkan harga seutas jam tangan mewah dan sebentuk cincin kepada NACC.
Jeneral Prayut ketika membuat kenyataan tersebut kepada media turut mengambil kesempatan memberitahu bahawa jam mewah yang dipakainya ketika sidang media itu dilakukan adalah berjenama Seiko yang berharga 250,000 Bath ( RM 31,077).
''Ia nampak bergaya bukan? Saya sudah menggunakannya untuk jangka masa yang sangat lama. Ia masih berfungsi dengan baik. Jika orang awam berminat dengan jam saya, mungkin lain kali saya akan memakai satu di leher, tetapi ia mungkin jam loceng,'' kata Jeneral Prayut.
Menurut pengisytiharan harta yang dibuat oleh Jeneral Prayut kepada NACC pada tahun 2014, dia memiliki antaranya 9 utas jam tangan mewah selain jam Seiko yang dipakai ketika sidang media itu dibuat. Antanya adalah dua utas jam tangan Patek Philippe bernilai 900,000 Bath (RM 111,879) dan 600,000 Bath (RM 74,586), 3 utas jam tangan berjenama Rolex bernilai 350,000 Bath ( RM 43,508), 150,000 Bath ( RM 18,646) dan 250,000 Bath ( 31,077), dua utas jam tangan berjenama Panerai Radiomir bernilai 200,000 Bath ( RM 24,862) dan 150,000 Bath ( RM 18,646) dan seutas jam tangan berjenama Breitling bernilai 150,000 Bath ( RM 18,646).
Kontroversi membabitkan Jeneral Prawit mula timbul sejak Selasa lalu apabila sekeping gambar yang menunjukkan Jeneral Prawit memakai jam mewah keempat miliknya, Patek Philippe 5960/1A tersebar di media sosial yang dipercayai bernilai antara 1.5 hingga 1.6 juta Bath ( RM 186,465 - RM 198896). Selain itu, turut tersebar adalah beberapa keping lagi gambar jam tangan kedua, jenama Richard Mille dan ketiga, berjenama Rolex yang dipercayai bernilai beberapa juta Bath.
Setiusaha NACC, Worawit Sookboon dalam pada itu memberitahu bahawa Jeneral Prawit diberi masa sehingga 8 Januari depan untuk membuat pengsitiharan hartanya kepada NACC.
Sumber : Bangkok Post
Daftar sekarang dan pasang jagoammu
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)
hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*