Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tekad Warga Emas Berhasil, Berjaya Genggam PhD Pada Usia 72 Tahun

23 Nov 2017
One Comment

Apa yang akan anda buat apabila anda sudah pun berumur lebih daripada 70 tahun nanti? Mungkin mahu berehat di rumah, main dengan cucu ataupun bercuti. Ada tak yang terfikir untuk terus sambung belajar dan cari ilmu pada usia sebegitu?

Tapi itulah realitinya seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Munadilatul Iezzah Lubis ini. Dia berkesempatan bertemu dengan seorang warga emas yang sudahpun berusia 72 tahun dan baru memiliki PhD, namun masih gigih menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.

Ketika ada anak muda (tidak semua) yang masih kuat tetapi lebih rela untuk memilih hidup yang sia-sia dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial, kisah warga emas ini sememangnya sarat dengan pengajaran supaya dapat dijadikan panduan untuk kita semua. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

PhD usia 72 tahun !

Allah rezekikan kak Mun berjumpa dengan seorang yang sangat istimewa, inspirasi, dan menakjubkan! Beberapa soalan kak Mun ajukan pada beliau.

"Dr ambil bidang apa?"

''Pakcik ambil contemporary issues.''

"Kenapa sambung belajar"

''Pakcik memang minat belajar. Rasa sayang sangat tak belajar. Selagi umur masih panjang, pakcik memang nak belajar lagi."

"Dr. ambil mode apa? Ulang alik ke UIA ke macam mana?" 

''Mixmode. Research + subjek. Terkejut kan? Ya. Pakcik ulang alik dari Beranang ke UIA''



"Master di mana, bila?"

''Master kat UIA jugak selama 2 tahun. Habis master, pakcik terus sambung Phd selama 5 tahun.''

"Lepas ni Dr. nak buat apa?"

''Lepas ni pakcik nak sambung belajar lagi. Tak kerja lagi la dengan usia macam ni''

Bayangkan, Pakcik berumur 72 tahun habiskan master dalam masa 2 tahun dan sambung Phd sejurus selepas itu selama 5 tahun. 7 tahun berturut-turut belajar tanpa henti! MIXMODE ya tuan puan.

Bukan COURSEWORK. Kak Mun panggil beliau doktor, tapi beliau masih menggelar diri beliau sebagai pakcik.

Kak mun belajar usia 23 tahun pun dah semput. Allahu. Apa yang kak Mun belajar harini.

- Tetapkan matlamat dan fokus pada objektif belajar dan hidup.

- Teguhkan semangat dan kekuatan dalaman. Usia bukan penghalang. Segala-galanya bukan penghalang untuk mencapai sesuatu!

- Jangan tengok orang lain! Boleh tengok orang lain untuk motivasikan diri. Tapi bukan LEMAHKAN DIRI.

- Jangan ikut orang / trend. Orang nak ambil master, kita pun nak. Orang sambung Phd, kita pun nak. JANGAN! Jangan buat sesuatu sebab orang lain buat jugak. Tetapkan tujuan buat sesuatu perkara sebelum diri binasa.

Kalau diberi kesempatan kepada anda berjumpa dengan beliau, APA SOALAN PERTAMA YANG ANDA AKAN AJUKAN?

Tahniah Dr. Ismail Bin Haron!

Sumber : Munadilatul Iezzah Lubis
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "