Memang benar, bukan mudah untuk berjaya. Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi. Kadang-kadang ujian datang dalam pelbagai cara dalam perjuangan menuntut ilmu. Tekanan demi tekanan yang datang boleh membuat sesiapa pun berputus asa.
Namun, saat-saat kejayaan itu tiba, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya kita kan? Rasa macam semua pengorbanan sudah terbalas. Seorang wanita yang dikenali sebagai Dr. Azah Isa berkongsi kisah penuh inpirasi mengenai perjuangannya untuk bergelar seorang Doktor Pakar.
Berulang kali gagal namun berkat sokongan orang disekeliling dan sikapnya yang berpegang teguh dengan ajaran agama, kisah yang dikongsinya mengandungi banyak pengajaran. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda.
Erti sebuah kejayaan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Begitu manis rasa pabila Allah kurniakan sebuah kejayaan. Lulus peperiksaan kepakaran kanak - kanak setelah mencuba sebanyak 5 kali. 2 kali peperiksaan teori dan 3 kali peperiksaan klinikal.
Dari pemenang anugerah DiRaja Seri Paduka Tuanku Canselor 2010, Pemenang Anugerah Dekan, Pemenang Anugerah Naib Canselor dan tamat pengajian perubatan dengan kepujian (distinction in Medicine) kepada kegagalan demi kegagalan.
Mencari - cari apa erti kegagalan ini sebenarnya. Kononnya dunia itu sempurna. Namun janji Tuhan untuk menguji siapa di antara hambaNya yang benar- benar sabar dan beriman.
Baru aku faham erti kesabaran dalam menuntut ilmu. Baru aku hargai apa ertinya bersusah payah demi kejayaan. Baru aku tahu makna pekerjaan ini hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Berulang kali bermain di minda untuk berhenti. Perit dan pedih untuk menerima lagi panggilan pensyarah - maaf, gagal lagi kali ini. Percubaan kali 2 peperiksaan klinikal - 88/108. Lagi 2 markah sahaja untuk lulus. Mencari - cari, ya Allah, mengapa tidak beri markah cukup untuk lulus.
Setiap malam berdoa pada Tuhan. Berikanlah daku kekuatan. Berikanlah daku kekuatan. Berikanlah daku kekuatan. Tunjukkan jalan, beri daku mereka yang dapat membantu. Jalan begitu gelap tidak nampak sinar cahaya. Tenggelam jauh ke dasar lautan.
Datang ke tempat kerja, seolah - olah tidak bernyawa. Robot bertopengkan manusia. Allah sayang hambaNya. Seorang demi seorang datang membantu. Dari setinggi professor hingga kepada PPK (sudah berumur nak pencen) yang belajarnya tak sampai SPM. Pensyarah dan pakar kanak - kanak khas mengajar saya seorang - one - to - one teaching.
Merata - rata pergi berlatih. PPUKM, HKL, IJN, Hospital Selayang. Balik lewat malam. Sabtu dan Ahad di perpustakaan dan di wad. Tak kira postcall (setelah tamat berkhidmat 24jam tanpa henti). Ada sahabat baik yang menemani, sentiasa di sisi. Kelas skype online beramai - ramai berlatih untuk membentangkan kes hampir setiap malam.
Terharu melihat bertungkus lumus suami Aizzat Muhammad berkorban untuk melihat isterinya berjaya. Mama, abah, ummi, papa tak henti beri semangat dan tak putus doa.
"Sabarlah, sikit lagi. Dah final year. Allah nak uji kita. Selagi ada usaha pasti berjaya".
Pakar psikiatri Dr Hazli dan pakar psikologi saya Dr Shalisah membantu untuk mengatasi ragu - ragu kebolehan diri sendiri dan anxiety. Saya tidak mampu untuk belajar dan berlatih kerana takut gagal lagi. Pemikiran negatif -
"Boleh ke ni, nanti gagal lagi" "Cukuplah, dah banyak kali gagal." "Nanti fail lagi, apa orang cakap".
"Dah 4 kali ambil, penat dah usaha. Nanti fail, macam mana. Sudahlah, bukan tak usaha langsung"
Repetitive negative rumination. Pathological self doubt. Yang lebih ironinya, semua percaya saya boleh lulus kecuali diri saya sendiri. Masalah saya bukan masalah tidak cukup pengetahuan, tidak cukup pengalaman (saya dalam bidang kanak - kanak selama 5 tahun) tetapi masalah ragu - ragu.
Dari seorang yang berkeyakinan tinggi, confident kepada seorang yang tidak mampu memegang kotak kecil (cubes for developmental assessment) kerana takut kegagalan.
Saya sungguh istimewa kerana mereka berdua begitu komited merawat saya dengan teknik CBST - Cognitive (pemikiran) Behaviour (tingkah laku) Spiritual Therapy. Ini bukan kemurungan (depression). Ini bukan psychosis. Ini bukan delusion.
Hampir setiap minggu mereka jumpa saya, semasa dekat nak peperiksaan, mereka jumpa saya hampir setiap hari. Saya pesakit ke-4 mereka setelah mereka merawat pakar kecemasan, family medicine dan psikiatri. Allah sayang hambaNya. Apa ubat mereka untuk saya. Bukannya anti-depressant SSRI.
Namun...
Fokus hidup ini hanya untuk mengabdikan diri pada Tuhan. Solat awal waktu. Solat tahajud untuk kekuatan. Baca Al-Quran setiap hari. Sedeqah dan buat baik pada yang lain. Bersenam, saya sangat suka berlari, jadi saya banyak berjogging.
Yang tentukan kejayaan bukan usaha kita semata, yang lebih utama Allah yang menentukan segalanya. Itulah Islam. Teknik untuk bertenang - relaxation technique. Distraction technique. Visualisation.
Allah sayang hambaNya.
Semasa peperiksaan selama tiga hari, Jururawat & PPK yang menolong, sambil saya tunggu giliran untuk di periksa, mereka tak henti beri motivasi -
"Dr. boleh buat, saya yakin. Kami doakan Allah mudahkan semuanya"
Ada penyokong penguat semangat! Markah keseluruhan saya 98/108. 7 out 9 clear pass stations : 12/12.
Observe long case, Developmental station, CVS station, Neurology station, Respiratory station, Miscellaneous station and Emergency station.
Biarlah apa orang nak kata. Ini jalan yang Allah dah tetapkan untuk saya. Perjalanan yang berliku mengingatkan saya bahawa Allah adalah segalaNya dan hidup ini untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Moga ada pahala yang mengalir bagi mereka yang berkorban - keluarga, sahabat, pensyarah PPUKM & UiTM - membantu saya berjaya apabila saya merawat anak-anak kecil supaya sembuh kembali.
Ini kisah seorang doktor yang hidupnya berpegang kepada cerita Nabi Muhammad saw dibandar Taif. Di mana baginda dihina dan dicaci, berdarah sepatunya kerana dibaling batu namun masih meneruskan perjuangan suci selama 23 tahun sehingga nafas terakhir.
Jadi, berusaha dan terus usaha. Akan ada kejayaan selagi kita tak putus asa.
Sumber : Dr Azah Isa
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..