Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini.
Menurut Keretapi Tanah Melayu (KTMB) melalui laman Twitter rasminya menyatakan, kejadian berikut mengakibatkan perkhidmatan akan beroperasi ke destinasi yang terhad sahaja.
Kejadian yang berlaku awal pagi ini menyebabkan komuter akan hanya akan beroperaasi ke destinasi Tanjung Malim-Kepong, Pelabuhan Klang-Kl Sentral, Tampin atau Seremban ke Kl Sentral dan Batu Caves-Sentul sahaja buat sementara waktu.
Turut dinyatakan, semua tren tidak dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut.
“Penumpang dinasihatkan menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.
“Bagi penumpang ETS pula, mereka akan dibawa dari stesen Sungai Buloh dengan MRT dan sambung perjalanan dengan ETS ke destinasi seterusnya,” ujarnya.
Pengurusan KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan berkenaan.
Untuk info penumpang dari / ke laluan Bt. Caves. Perkhidmatan bas ada disediakan dari Sentul - KL Sentral - Sentul. Bas menunggu di hadapan stesen Sentul & di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum. pic.twitter.com/XWwWoRKAgt— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) November 23, 2017
0945 - Perkhidmatan bas ke/dari stesen Segambut - KL Sentral - Segambut telah disediakan. Bas menunggu di parkir Balai Berlepas KLIA Ekspres, KL Sentral. Harap maklum. Terima kasih. pic.twitter.com/cQEjjKcfTQ— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) November 23, 2017
Sumber- Harian Metro
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
BalasPadamhanya di D*EW*A*P*K / pin bb D87604A1
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :* :*