Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apabila Isteri Tidak Lagi Cantik, Di Sinilah Keimanan, Kesetiaan Dan Nafsu Suami Teruji

4 Okt 2017
3 ulasan

Hidup dalam alam perkahwinan ini mempunyai pasang surut nya. Kadang bahagia kadang bergaduh tapi masih saling melengkapi. Dugaan dalam perkahwinan ini boleh datang dengan pelbagai bentuk untuk meguji pasangan suami isteri itu.

Ujian yang datang itu hanya untuk menguji ketahanan rumahtangga dari segi mental pasangan masing-masing. Jika tidak mampu menghadapinya maka kalah lah anda dalam perkahwinan tersebut.

Menerusi perkongsian pengacara Fedtri Yahya, bagaimana dia mengingati dirinya mengenai kekurangan isteri di mata pandangan lelaki. Buat suami isteri, semoga saling melengkapi.

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut. Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.



Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, "Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu." (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.

Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

#selfreminder
#intandzulkefli

Sumber - Fedtri Yahya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  2. Pagi gan berbagi rejeki bagi pecinta TOGEL atau Games Online bisa bermain bersama di kelinci99.com dan dapatkan bonus freechip setiap harinya dan proses cepat dan pelayanan nyaman akan kami berikan untuk member kita semua penasaran silahkan merapat dan bermain bersama kami ya jika kesulitan bisa juga di bantu dalam pendaftaran ya gan salam JP untuk kita semua TOGEL LOVERS.. pin : 2B1E7B84di add yach.. :*

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "