Prosiding mahkamah kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam yang bermula 2 Oktober lalu, hari ini mendedahkan laporan forensik yang mendapati mangsa mengambil enam jenis ubat untuk merawat kencing manis, darah tinggi dan gout.
Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood yang tampil sebagai saksi keenam memberitahu mahkamah bahawa ubat untuk menangani masalah mati pucuk adalah salah satu dadah yang ditemui dalam darah Kim Jong Nam.
Katanya lagi, laporan Jabatan Kimia turut menunjukkan lima sampel iaitu kapas muka, darah, plasma, air kencing dan lendiran mata adalah positif agen saraf VX.
Beberapa sampel lain antaranya balutan (bandage), kameja dan seluar dalam Kim Jong Nam turut ditunjukkan kepada pihak peguam bela.
Dr. Mohd Shah turut menambah bahawa agen saraf VX tertumpu di bahagian muka dan mata.
"Antara lendiran mata dan kulit, kadar serapan agen saraf VX lebih cepat melalui lendiran mata," katanya.
Dalam prosiding tersebut, dua wanita warga asing, Siti Aishah berasal dari Indonesia dan Doan Thi Huong berasal dari Vietnam bersama-sama 4 lagi suspek yang masih bebas dituduh membunuh Kim Jong Nam yang memegang pasport Korea Utara pada jam 9 pagi 13 Februari yang lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).
Sumber : Astro Awani
mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877